Ahaa... hari ni aku nak kongsi sikit sebanyak info yg aku tahu tentang penjagaan si manja, bagi yg bela dan sayangkan kucing... bermula dari kebersihannya, pemakanannya, tempat tidur dan yg berkaitan dengan simanja...
1. Si manja perlulah dimandikan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dengan menggunakan air suam, nanti dia menggigil kalau guna air sejuk, tubuh dia kan kecik, so dia tak dapat tahan kesejukan air, kalau korang guna air sejuk, berkemungkinan besar dia akan melompat dan mencakar cakar muka korang...hehe...
Tahap kepanasan air tu biarlah suam-suam kuku, agak2 la si manja tak sejuk dan tak berapa panas bila ia dijirus dgn air tersebut... korang perlulah memandikan si comel dari ekor terlebih dahulu, jirus bahagian ekor dan seterusnya ke seluruh badan kecuali muka dan telinga...
Telinga si manja tidak boleh dimasuki air, jika tidak, telinganya boleh bernanah, muka pula tak boleh dijirus, nanti dia lemas, cukup sekadar korang lapkan dengan air yg melekat di tapak tangan...
Kemudian, syampu seluruh tubuh badan si comel kecuali bahagian kepalanya sahaja (jangan sekali kali guna syampu manusia)... gosok2 dan garu badannya sehingga diliputi syampu, gaul sehingga ia sebati dan cukup mesra(macam kuih,haha) sebab jika si manja ade kutu, bagi kutu tu pening2 lalat supaya ia pengsan dan mengalir jatuh bersama air...huhu
Setelah itu, bilas kembali dgn air suam hinggalah buih2 syampu itu hilang...bersihkan hidung dan mata si manja anda dengan kain tuala atau tisu yg dilembapkan (lembap, bukan basah ya)...keringkan si comel anda dengan tuala yg dikhaskan untuknya, lap2 seluruh tubuhnya...
Haaa, bagi kucing yg berbulu lebat dan panjang seperti persian, ragdoll, norwegian forest, silberian, chinchilla, munchkin(yg bulu panjang je) dan yg sewaktu dengannya, korang perlulah menggunakan 'hair dryer' untuk mengeringkan tubuh mereka, kerana jika korang biarkan bulu mereka kering sendiri, ini boleh mendatangkan penyakit kulit kepada kulit lembap mereka...
Bagi kucing biasa macam kucing kampung kat malaysia ni, better guna 'hair dryer' jugak, tapi kalau tak mahu atau susah sebab mereka takot, korang jemur je la tgh panas, hehe... depa memang suka berjemur lepas mandi, insya ALLAH kucing2 berbulu pendek ni kurang potensi untuk terkena penyakit kulit...
Begitu juga dengan kucing jenis American Curl, Siamese, Bengal, Marble, British Short Hair, Exotic dan yg sewaktu dengannya yg berbulu pendek, korang boleh guna 'hair dryer', tapi tidaklah menjadi satu kemestian berbanding dgn kucing yg berbulu panjang...
Sicomel berbulu panjang hendaklah disikat setiap hari bagi membuang bulu2 mati yg melekat di badannya dgn menggunakan sikat yg khas untuk kucing...
2. Bahagian telinga si manja juga agak sensitif dgn habuk dan hama, jika dibiarkan kotor, ia mungkin akan menyebabkan telinga si comel dijangkiti hama atau kuman, hama itu boleh memakan darah dan menyebabkan si comel berasa tidak selesa, kerap menggaru dan telinga berdarah...
Seterusnya kuman pula boleh membawa penyakit kepada telinga dan menyebabkan telinga si comel bernanah, jika dibiarkan, ianya akan menjadi buruk dan kritikal hingga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa si comel...
Telinga si comel perlulah di cuci dgn putik kapas serta minyak yg lembut contohnya 'baby johnson' sekurang-kurangnya seminggu sekali, kalau korang nak guna kapas pon boleh, terpulang pada citarasa memasing, hehe...
Mata dan hidung si manja pula seeloknya dibersihkan setiap hari...
3. Jika si comel korang kelihatan asyik menggaru-garu badannya, itu bermakna ia dijangkiti kutu, maka korang disyorkan membeli ubat kutu berjenama Frontline Spot On, ada dua jenis, satu jenis spray dan satu lagi jenis picit atas belakang tengkuk si comel...mende alah ni boleh bertahan selama 3 bulan dgn kehendak ALLAH...
4. Si comel yg dibiarkan bebas diluar rumah lebih tinggi potensinya untuk mendapat cacing di dalam badan, bagi mereka yg melepaskan si comel berjalan-jalan di luar rumah, seeloknya korang bagi ia makan ubat cacing yg ade dijual di klinik veterinar atau mana2 'petshop' setiap 3 bulan sekali...
Dan bagi yg mengurung si comel di dalam rumah, hendaklah diberi ubat cacing setiap 6 bulan sekali...satu pesan aku, kurung si comel hanya di dalam rumah, bukan di dalam sangkar, jgn jadi manusia yg kejam, mereka juga punya hak kebebasan, jangan kejam terhadap makhluk ALLAH, bukan makhluk kita...hak ALLAH, bukan hak kita...huhu
5. Untuk pemakanan si comel pula, korang tolooonglah jangan sekali kali terpengaruh dengan iklan TV, cakap Frieskies bagus, bulu cantik, bersinar or what so ever, cakap whiskas bagus, sihat, lincah, cantik or what so ever... sudah! sudah! sudah!
Bukan masanye untuk terpengaruh dengan TV lagi, kalau tak caye cakap aku, boleh jumpa doktor veterinar sendiri, tanye depa tentang pemakanan sihat untuk kucing... untuk pengetahuan korang, semua jenama makanan kucing dari Malaysia (Frieskies, whiskas, smartheart dll) adalah sampah, ia tak lebih melainkan sebagai 'junk food' kepada si comel korang...
Oh, ada satu je yg agak elok jenama dari Malaysia iaitu VetMaster kerana ia dibuat oleh seorang doktor haiwan yg sgt berpengalaman di KL ni... itu pun dalam kategori 'Low Premium Food', kita sepatotnya menyediakan makanan 'Premium Food or Super Premium Food'...
Aku bagi contoh, 'Super Premium Food' adalah Orijen dan Innova Evo... dalam makanan ni, ia banyak mengandungi protein iaitu 45% dan 50%... namun tidak semua kucing boleh menerima makanan yg berprotein tinggi dgn jayanya, hehe...
Takderlah, maksud aku, sesetengah kucing akan berak cair jika makan makanan berprotein tinggi ni, maka korang kenelah campur dengan 'Premium atau Low Premium Food' bersama sama makanan 'Super Premium Food' tersebut untuk balance kan supaya ia menghasilkan poo poo yg keras dan elok (melalui najisnya kita boleh tengok tahap kesihatan si manja)...
Bagi 'Premium Food' pula contohnya Royal Canin, Science Plan, Iams(boikot), Acana, Blackwood, Eagle Pack, Proformance dan sebagainya... korang boleh pilih either one... kenapa boikot makanan kucing berjenama malaysia?
Kerana ianya 'full of preservative, chemical substance', banyak menggunakan bahan kimia, contoh pengawet, perasa dan pewarna, malah ia juga berasa masin(tak caye, try rasa :p) yg mana boleh mengakibatkan penyakit buah pinggang pada si comel korang, tak pecaye, tanye pakar vet, hehe...
Walau bagaimanapun, makanan yg terbaik bagi si comel adalah B.A.R.F. iaitu 'Bone And Raw Food', ya...tulang dan daging mentah, itu jawapan kepada kajian saintis omputih, yg mana ianya selari dengan fitrah dan semulajadi kucing tersebut sebagai haiwan karnivor...
Satu lagi, jangan sesekali bagi kucing makan nasik dan makanan manusia, kerana pencernaan si comel tidak sama dengan manusia, semua makanan ini even sayur sayuran adalah tidak elok untuk kucing kerana ALLAH tak cipta sistem penghadaman si comel same seperti manusia...
Kucing aku dulu pun suke makan nasik dan makanan manusia, aku selalu bagi, mane taw perkara ni, huhu...patot la kucing2 aku pendek umur nak dibandingkan dgn kucing jiran aku yg hanya makan 'kibbles'... tapi semua tu sebagai asbab jer, ajal maut tu di tangan TUHAN...
6. Last sekali, jangan letak toilet si comel anda di dalam satu bilik bersama dengan makanan si comel, kerana ianya menimbulkan rasa yg tidak enak kepada si comel untuk menjamu selera, kalau dalam bilik pon tak boleh, dalam sangkar apetah lagi...
Bagaimana perasaan kita jika makan, minum, berak, kencing dan tidur dalam satu ruang yg sempit, even dia haiwan, tapi jangan perlakukan ia sesuka hati kita, konon kerana nak jaga keselamatan lah, nak itu, nak ini... ingat, niat tak menghalalkan cara...
Kalau nak kurung, kurung dalam rumah, macam tu dia lebih selesa bergerak kesana kemari, melompat dan bermain...(kucing haiwan yg aktif dan suka bermain) huhu...
Jangan jadi khalifah ALLAH jika tak reti nak bela dan jaga haiwan dgn kasih sayang, bukan dengan kekejaman, kalau alasan ibu bapa marah kurung dalam rumah, haaa, jangan bela... biarkan ia bebas kerana ia juga punya hak kebebasan, dia milik ALLAH, bukan milik kita...
Sediakan ruang yg besar, bersih dan selesa untuk si comel tidur, main dan sebagainya, jadilah khalifah ALLAH di atas muka bumiNYA, bukan perosak dan pengkhianat kepada makhluk ciptaan ALLAH, ohhh...aku terlalu emosional, hehehe...
p/s: Cat is Family, Not Pet...
15 July 2009
Tip-Tip Penjagaan Si Comel...
12 July 2009
7 Alasan Mengapa Saintis Percaya Wujudnya TUHAN
Got this from emel, jazakaLLAH to the sender...
Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit di dalam Reader's Digest Januari, 1948
Kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader's Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta.
Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.
Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan.
Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini.
Pertama: Dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana.
Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali...
Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100
Dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adalah 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6, 7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali.
Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam.
Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku.
Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan.
Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.
Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu.
Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari,
Seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati.
Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud.
Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua.
Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.
Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya.
Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.
Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,
Artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.
Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,
Menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari.
Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil.
Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya.
Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhikeperluan kehidupan.
Tetapi,siapakah yang telah mengwujudkan kehidupan itu sendiri?
Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang mamasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya:
Akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?
Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi.
Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. akhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia,
Dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan - semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati.
Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal ahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal,
Menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk enghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang.
Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?
Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu.
Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra.
Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.
Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen.
Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia.
Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi.
Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?.
Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung,
Hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?
Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana.
Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang.
Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang.
Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia.
Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.
Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka.
Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!
Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.
Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan.
Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan TUHAN dan ciptaanNYA.
PM rai 200,000 jemaah tabligh
NAJIB Tun Razak berucap di hadapan para jemaah tabligh selepas solat asar di Ijtimak Dakwah Tabligh Sedunia di Nilai, Negeri Sembilan, semalam. - MINGGUAN/MD. Shahjehan maamin
NILAI 11 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan kedatangan umat Islam dari seluruh pelosok dunia yang hadir sempena Ijtimak atau Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia di sini hari ini.
Beliau yang tiba di lokasi ijtimak berhampiran kuarters kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 5 petang sempat bersolat Asar bersama-sama lebih 200,000 jemaah tabligh.
''Saya mengalu-alukan kedatangan semua umat Islam ke negara ini untuk ijtimak kali ini."
''Saya berharap semoga Allah SWT memberikan rahmat dan memberkati kita semua serta menjadikan kita ummah yang berjaya," kata beliau ketika berucap di hadapan ribuan jemaah selepas selesai mengerjakan solat asar di bawah khemah yang disediakan.
Najib kemudiannya bersalaman dengan para jemaah sebelum dibawa masuk ke khemah tetamu untuk mendengar taklimat dan penerangan daripada pemimpin tabligh serta ahli Syura' Malaysia .
Pertemuan pemimpin tabligh itu bersama Perdana Menteri berlangsung secara tertutup selama 20 minit dalam khemah berkenaan.
Najib kemudiannya meninggalkan lokasi ijtimak kira-kira pukul 6 petang.
Ijtimak Dakwah Tabligh Sedunia yang berakhir esok menghimpunkan lebih 200,000 jemaah dari dalam dan luar negara merupakan kali kedua diadakan di negara ini selepas 27 tahun yang lalu.
Kali pertama ia diadakan di negara ini ialah di Terengganu dengan kehadiran lebih 50,000 orang.
Berdasarkan laporan sekretariat, sejumlah 12,000 jemaah dari luar negara yang terdiri daripada wakil 40 negara termasuk Indonesia, Senegal, Rusia, Maghribi, Arab Saudi, Jordan, Libya, Tarjikistan, Nigeria, Jerman, Belanda dan Hong Kong sudah 'berkampung' di ijtimak ini sejak 8 Julai lalu.
Ijtimak yang berakhir esok turut menyaksikan ratusan peniaga mengambil kesempatan menjual pelbagai jenis makanan, pakaian, minyak wangi, tikar, buah-buahan dan sebagainya di sepanjang laluan masuk ke lokasi itu.
Terdapat 14 buah khemah gergasi didirikan di kawasan itu termasuk satu yang disediakan untuk jemaah dari luar negara dengan setiap khemah boleh menampung antara 10,000 hingga 15,000 jemaah.