15 July 2009

Tip-Tip Penjagaan Si Comel...

Ahaa... hari ni aku nak kongsi sikit sebanyak info yg aku tahu tentang penjagaan si manja, bagi yg bela dan sayangkan kucing... bermula dari kebersihannya, pemakanannya, tempat tidur dan yg berkaitan dengan simanja...

1. Si manja perlulah dimandikan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dengan menggunakan air suam, nanti dia menggigil kalau guna air sejuk, tubuh dia kan kecik, so dia tak dapat tahan kesejukan air, kalau korang guna air sejuk, berkemungkinan besar dia akan melompat dan mencakar cakar muka korang...hehe...

Tahap kepanasan air tu biarlah suam-suam kuku, agak2 la si manja tak sejuk dan tak berapa panas bila ia dijirus dgn air tersebut... korang perlulah memandikan si comel dari ekor terlebih dahulu, jirus bahagian ekor dan seterusnya ke seluruh badan kecuali muka dan telinga...

Telinga si manja tidak boleh dimasuki air, jika tidak, telinganya boleh bernanah, muka pula tak boleh dijirus, nanti dia lemas, cukup sekadar korang lapkan dengan air yg melekat di tapak tangan...

Kemudian, syampu seluruh tubuh badan si comel kecuali bahagian kepalanya sahaja (jangan sekali kali guna syampu manusia)... gosok2 dan garu badannya sehingga diliputi syampu, gaul sehingga ia sebati dan cukup mesra(macam kuih,haha) sebab jika si manja ade kutu, bagi kutu tu pening2 lalat supaya ia pengsan dan mengalir jatuh bersama air...huhu

Setelah itu, bilas kembali dgn air suam hinggalah buih2 syampu itu hilang...bersihkan hidung dan mata si manja anda dengan kain tuala atau tisu yg dilembapkan (lembap, bukan basah ya)...keringkan si comel anda dengan tuala yg dikhaskan untuknya, lap2 seluruh tubuhnya...

Haaa, bagi kucing yg berbulu lebat dan panjang seperti persian, ragdoll, norwegian forest, silberian, chinchilla, munchkin(yg bulu panjang je) dan yg sewaktu dengannya, korang perlulah menggunakan 'hair dryer' untuk mengeringkan tubuh mereka, kerana jika korang biarkan bulu mereka kering sendiri, ini boleh mendatangkan penyakit kulit kepada kulit lembap mereka...

Bagi kucing biasa macam kucing kampung kat malaysia ni, better guna 'hair dryer' jugak, tapi kalau tak mahu atau susah sebab mereka takot, korang jemur je la tgh panas, hehe... depa memang suka berjemur lepas mandi, insya ALLAH kucing2 berbulu pendek ni kurang potensi untuk terkena penyakit kulit...

Begitu juga dengan kucing jenis American Curl, Siamese, Bengal, Marble, British Short Hair, Exotic dan yg sewaktu dengannya yg berbulu pendek, korang boleh guna 'hair dryer', tapi tidaklah menjadi satu kemestian berbanding dgn kucing yg berbulu panjang...

Sicomel berbulu panjang hendaklah disikat setiap hari bagi membuang bulu2 mati yg melekat di badannya dgn menggunakan sikat yg khas untuk kucing...

2. Bahagian telinga si manja juga agak sensitif dgn habuk dan hama, jika dibiarkan kotor, ia mungkin akan menyebabkan telinga si comel dijangkiti hama atau kuman, hama itu boleh memakan darah dan menyebabkan si comel berasa tidak selesa, kerap menggaru dan telinga berdarah...

Seterusnya kuman pula boleh membawa penyakit kepada telinga dan menyebabkan telinga si comel bernanah, jika dibiarkan, ianya akan menjadi buruk dan kritikal hingga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa si comel...

Telinga si comel perlulah di cuci dgn putik kapas serta minyak yg lembut contohnya 'baby johnson' sekurang-kurangnya seminggu sekali, kalau korang nak guna kapas pon boleh, terpulang pada citarasa memasing, hehe...

Mata dan hidung si manja pula seeloknya dibersihkan setiap hari...

3. Jika si comel korang kelihatan asyik menggaru-garu badannya, itu bermakna ia dijangkiti kutu, maka korang disyorkan membeli ubat kutu berjenama Frontline Spot On, ada dua jenis, satu jenis spray dan satu lagi jenis picit atas belakang tengkuk si comel...mende alah ni boleh bertahan selama 3 bulan dgn kehendak ALLAH...

4. Si comel yg dibiarkan bebas diluar rumah lebih tinggi potensinya untuk mendapat cacing di dalam badan, bagi mereka yg melepaskan si comel berjalan-jalan di luar rumah, seeloknya korang bagi ia makan ubat cacing yg ade dijual di klinik veterinar atau mana2 'petshop' setiap 3 bulan sekali...

Dan bagi yg mengurung si comel di dalam rumah, hendaklah diberi ubat cacing setiap 6 bulan sekali...satu pesan aku, kurung si comel hanya di dalam rumah, bukan di dalam sangkar, jgn jadi manusia yg kejam, mereka juga punya hak kebebasan, jangan kejam terhadap makhluk ALLAH, bukan makhluk kita...hak ALLAH, bukan hak kita...huhu

5. Untuk pemakanan si comel pula, korang tolooonglah jangan sekali kali terpengaruh dengan iklan TV, cakap Frieskies bagus, bulu cantik, bersinar or what so ever, cakap whiskas bagus, sihat, lincah, cantik or what so ever... sudah! sudah! sudah!

Bukan masanye untuk terpengaruh dengan TV lagi, kalau tak caye cakap aku, boleh jumpa doktor veterinar sendiri, tanye depa tentang pemakanan sihat untuk kucing... untuk pengetahuan korang, semua jenama makanan kucing dari Malaysia (Frieskies, whiskas, smartheart dll) adalah sampah, ia tak lebih melainkan sebagai 'junk food' kepada si comel korang...

Oh, ada satu je yg agak elok jenama dari Malaysia iaitu VetMaster kerana ia dibuat oleh seorang doktor haiwan yg sgt berpengalaman di KL ni... itu pun dalam kategori 'Low Premium Food', kita sepatotnya menyediakan makanan 'Premium Food or Super Premium Food'...

Aku bagi contoh, 'Super Premium Food' adalah Orijen dan Innova Evo... dalam makanan ni, ia banyak mengandungi protein iaitu 45% dan 50%... namun tidak semua kucing boleh menerima makanan yg berprotein tinggi dgn jayanya, hehe...

Takderlah, maksud aku, sesetengah kucing akan berak cair jika makan makanan berprotein tinggi ni, maka korang kenelah campur dengan 'Premium atau Low Premium Food' bersama sama makanan 'Super Premium Food' tersebut untuk balance kan supaya ia menghasilkan poo poo yg keras dan elok (melalui najisnya kita boleh tengok tahap kesihatan si manja)...

Bagi 'Premium Food' pula contohnya Royal Canin, Science Plan, Iams(boikot), Acana, Blackwood, Eagle Pack, Proformance dan sebagainya... korang boleh pilih either one... kenapa boikot makanan kucing berjenama malaysia?

Kerana ianya 'full of preservative, chemical substance', banyak menggunakan bahan kimia, contoh pengawet, perasa dan pewarna, malah ia juga berasa masin(tak caye, try rasa :p) yg mana boleh mengakibatkan penyakit buah pinggang pada si comel korang, tak pecaye, tanye pakar vet, hehe...

Walau bagaimanapun, makanan yg terbaik bagi si comel adalah B.A.R.F. iaitu 'Bone And Raw Food', ya...tulang dan daging mentah, itu jawapan kepada kajian saintis omputih, yg mana ianya selari dengan fitrah dan semulajadi kucing tersebut sebagai haiwan karnivor...

Satu lagi, jangan sesekali bagi kucing makan nasik dan makanan manusia, kerana pencernaan si comel tidak sama dengan manusia, semua makanan ini even sayur sayuran adalah tidak elok untuk kucing kerana ALLAH tak cipta sistem penghadaman si comel same seperti manusia...

Kucing aku dulu pun suke makan nasik dan makanan manusia, aku selalu bagi, mane taw perkara ni, huhu...patot la kucing2 aku pendek umur nak dibandingkan dgn kucing jiran aku yg hanya makan 'kibbles'... tapi semua tu sebagai asbab jer, ajal maut tu di tangan TUHAN...

6. Last sekali, jangan letak toilet si comel anda di dalam satu bilik bersama dengan makanan si comel, kerana ianya menimbulkan rasa yg tidak enak kepada si comel untuk menjamu selera, kalau dalam bilik pon tak boleh, dalam sangkar apetah lagi...

Bagaimana perasaan kita jika makan, minum, berak, kencing dan tidur dalam satu ruang yg sempit, even dia haiwan, tapi jangan perlakukan ia sesuka hati kita, konon kerana nak jaga keselamatan lah, nak itu, nak ini... ingat, niat tak menghalalkan cara...

Kalau nak kurung, kurung dalam rumah, macam tu dia lebih selesa bergerak kesana kemari, melompat dan bermain...(kucing haiwan yg aktif dan suka bermain) huhu...

Jangan jadi khalifah ALLAH jika tak reti nak bela dan jaga haiwan dgn kasih sayang, bukan dengan kekejaman, kalau alasan ibu bapa marah kurung dalam rumah, haaa, jangan bela... biarkan ia bebas kerana ia juga punya hak kebebasan, dia milik ALLAH, bukan milik kita...

Sediakan ruang yg besar, bersih dan selesa untuk si comel tidur, main dan sebagainya, jadilah khalifah ALLAH di atas muka bumiNYA, bukan perosak dan pengkhianat kepada makhluk ciptaan ALLAH, ohhh...aku terlalu emosional, hehehe...

p/s: Cat is Family, Not Pet...

0 comments: