Aku pernah terbace satu riwayat yg menceritakan tentang "Kecintaan Baginda Saw Kepada Ummat" Cerita ni kupetik dari blog seorang sahabat...
Pada satu hari tu, RasuluLLAH naik ke atas satu bukit(aku lupe name bukit tersebut, maafkan sipelupa ini)... Di atas bukit tu, selain waktu solat, RasuluLLAH hanya menadah tangan sambil melutut, bercucuran air mata Baginda yg mulia selama 6 jam tanpa henti, diulangi selama 6 jam tanpa henti berkeadaan melutut, menadah tangan dan menangis teresak esak berdoa kepada ALLAH SWT...
Apakah doa yg Baginda mintak bersungguh sungguh dgn ALLAH itu? RasuluLLAH hanya berdoa ayat yg same diulang ulang sehingga 6 jam, iaitu...
"Ya ALLAH, ampunkanlah dosa ummat ini, ampunkanlah dosa ummat ini.."
Selama 6 jam menangis tanpa henti....
Lihatlah betapa Baginda saw sgt menyayangi ummatNya yaitu kita semua, tapi apakah perasaan kite terhadap Baginda? Sayangkah kita terhadap Baginda? Menangiskah kita apabila membaca atau mendengar kisah2 Baginda dan para sahabat? Amalkah kita akan sunnah2 Baginda? Selawatkah kita pada Baginda tanda syg dan ingat kita terhadapNya? Tepuk dada tanya iman...
Bagaimana ingin mencintai ALLAH sekiranya kekasih ALLAH pon kite tidak dapat mencintaiNya? Bukankah mencintai RasuluLLAH itu bererti mencintai ALLAH?
Bagaimana kalau aku kate, "Ya! aku sayangkan RasuluLLAH saw!"
Benarkah sedang aku tak pernah berselawat?
"Ya! aku cintakan Baginda saw!"
Benarkah sedang aku tak pernah mengamalkan sunnah Baginda?
So, ape bukti cinta dan syg aku pada Baginda saw?
Bukankah kalau kite bercinta, kita ingin mengikut segala galanya tentang kekasih kita tu? Tetapi kenapa masih ramai ummat yg meninggalkan sunnah Baginda saw? kenapa ummat lebih ramai meniru niru gaya barat dari gaya RasuluLLAH saw? dan mereka yg mengamalkan sunnah dipandang kolot, extreme agama dan mcm2, contohnya pakai serban dan jubah/kurta bagi lelaki..terus, yg pakai seluar pendek nampak aurat tu tidak extreme menentang agama?
Dunia sekarang dah terbalik, yg HAQ dilihat ummat sebagai BATIL dan BATIL dilihat sebagai HAQ, pemikiran dijajah oleh barat, aku teringat satu sabda Baginda saw yg berbunyi..
"Akan datang suatu zaman dimana sunnahKu ditinggalkan, sesiapa yg masih mengamalkan sunnahKu dipandang aneh"...oh, aku lupe ayat yg seterusnya... maafkan sipelupa yg jahil ini..
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan ALLAH melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu,RasuluLLAH dengan suara terbatas memberikan khutbah,
"Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka ta'ati dan bertaqwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata RasuluLLAH yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali
menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "RasuluLLAH akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap RasuluLLAH yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah RasuluLLAH masih tertutup. Sedang didalamnya, RasuluLLAH sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, RasuluLLAH menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang."Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,"kata RasuluLLAH, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri,tapi RasuluLLAH menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih ALLAH dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan ALLAH?" Tanya RasuluLLAH dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan RasuluLLAH lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib ummatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul ALLAH, aku pernah mendengar ALLAH berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.Perlahan ruh RasuluLLAH ditarik. Nampak seluruh tubuh RasuluLLAH bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan RasuluLLAH mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya RasuluLLAH pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar RasuluLLAH memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan RasuluLLAH mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir RasuluLLAH yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertiNya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi... Betapa cintanya RasuluLLAH kepada kita.. Sesiapa yg bace kisah ni namun tak mengalir air matanye, cuba check, periksa hati mungkin ade sumting wrong, muhasabah diri... termasuk aku sendiri...
Sabda RasuluLLAH saw(Lebih kurang berbunyi) "Barangsiapa yang dapat menghidupkan satu sunnahku dizaman fasyak dan mungkar baginya 100 pahala mati syahid." RasuluLLAH juga memberitahu bahawa menghidupkan sunnahnya diakhir zaman seumpama menggengam bara api (kerana susah/payah dan sakitnya asbab dugaan sekeliling).
waLLAHu a'lam...
0 comments:
Post a Comment