20 March 2009

Isteri Pemimpin Rumah Tangga...

Hidup berumah tangga ada pasang surutnya... lagikan lidah tergigit inikan pula suami isteri.. kata org, jika takut risiko jgn bicara tentang perjuangan, jika takut dilanda ombak jgn berumah ditepi pantai, mcm tu juga adat berumah tangga... bagi aku, alam berumah tangga ni bukanlah cabaran yg mudah, jika seseorang tu belom matang umtuk menangani sebuah keluarga itu...

Adakalanya ape yg kita pandang, impi dan harap cantik itu, sebaliknya pulak yg berlaku... bagi seorang suami, kalau takde sifat "qawwamu" (memimpin) dalam diri jangan berangan la nak miliki sebuah keluarga yg bahagia dan diredhai ALLAH... kerana ALLAH telah menyatakan dalam surah Annisa' ayat 34 yg berbunyi:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka

Dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka: yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. "

Ape yg aku tgk setakat nih, memang selalunya rumah tangga yg di 'control' oleh isteri itu, atau dgn kate lain, bukanlah bereti isteri yg kawal segalanye tapi dgn contoh dalam beribadat atau membawak agama dalam kehidupan, jika isteri yg memimpin suami dalam hal ni, aku tak nampak bahawa keluarga tu akan cemerlang dari segi akhlak, sahsiah dan keperibadian secara amnya...

Kadang2 kite sendiri boleh lihat kehancuran rumah tangga atas asbab2 ni, kalo pon tak hancur, rumah tangga tu seolah olahnye kacau bilau dan takder ketenangan dalamnye walaupon luarannya umum melihat ceria dan bahagia.. seorang suami mestilah inginkan seorang isteri solehah yg dapat menjaga dirinya dan anak2nya, dapat menjaga hartanya serta maruah diri...

Seorang isteri pula inginkan suami yang dapat memimpinnya kepada keredhaan ALLAH... mcmtu gak aku, kamu.. dan sekalian ummat... tidak dapat tidak, untuk menghadirkan suasana dan keadaan ni, seorang suami perlulah bawak agama dalam kehidupan rumah tangganya, malah bukan hanya dalam rumah tangga, namun untuk keseluruhan hidup seorang hamba itu perlu bawak agama dalam hidup jika ingin berjaya seperti Baginda saw dan para sahabat radhiaLLAHu 'anhum.. (berjaya disini bermaksud kejayaan yg abadi dan hakiki yakni syurga ALLAH)

Aku quote lagi sabda Baginda saw:
"Binasalah kaum lelaki, apabila mereka mentaati perempuan2 mereka"

Memang tak salah kalau isteri bagi tunjuk ajar, malah digalakkan saling memberi dan menerima, tapi jangan sampai segala urusan rumah tangga itu diurus oleh isteri dan mengikut semua kata-kata serta perintahnya lantaran terlalu cintakan isteri sehingga jahil dan buta hati tentang penerangan serta ayat2 ALLAH...

Suami perlu dalami ilmu agama dgn lebih mantap sebagai persiapan memimpin sebuah rumah tangga, bukan setakat belajar dan faham, malah perlu mengamalkannye seterusnye, macamane nak lahirkan ummat yg berkualiti jika ketua keluarga itu sendiri tunggang langgang? heh... sedih rasenye melihat keadaan ummat hari ni yg hanye mengikut telunjuk isteri... (Na'uzubiLLAH)

"Tidak akan mencapai falah(kejayaan) selama-lamanye sesuatu kaum yg mengangkat wanita memerintah atau memimpin mereka" -Sabda Baginda saw

Tak dinafikan, perempuan memainkan peranan yg kuat dibelakang suaminya, aku pernah terbace sumber dari mane aku lupe, kata-kata yg berbunyi: "Jika seluruh penduduk kampung memberi semangat kepada seorang lelaki tetapi isterinye melemahkannya, maka lemah la suami itu, dan jika seluruh penduduk kampung mencaci atau melemahkan suami itu tetapi seorang isteri memberi semangat kepadanya, maka kuatla si lelaki itu insya ALLAH"

Sabda Baginda yg lainnya:
"Celakalah lelaki yg menjadi hamba kepada isterinya" yakni yg menta'ati isterinya atau mengangkat isteri sbg pemimpin dalam rumah tangganye.. wanita itu dijadikan dari tulang yg bengkok, justeru para suamilah berperanan meluruskannya, dan isteri pula berperanan sbg pembantu dalam mendidik anak2...

Aku teringat kata-kata hukama' yg berbunyi "Almar'atu 'imadul bilad, idza fasadat fasadatil bilad, wa'idza soluhat soluhatil bilad" yakni kaum wanita itu tiang negara, jika ia rosak maka rosaklah negara tersebut, dan jika ia soleh maka soleh la negara tersebut, waLLAHu a'lam...

0 comments: