"awak cantik laaa..."
"die henseeem,kacak taawww..."
"wah, sepadan! mcm bidadari dan putera kayangan..."
"eh eh, cutenyer dieee..."
"perh,macho tuuu..."
contoh ayat2 pujian, persoalannya SIAPA kah YANG MENCIPTA kecantikan dan kehenseman itu? adakah mereka yg dikatakan cantik dan hensem itu yg mencipta diri mereka sendiri?
kalau non muslim yg ckp mcm tu tak heran la, tapi ini ummat kita sendiri, betapa ramai lagi ummat yg tidak paham betapa segala puji dan puja hanya untuk PENCIPTA, Yang Maha Mencipta setiap sesuatu...
Apakah kelebihan sicantik ini sehinggakan dipuji puja sehingga mengangkat sikap riak dan takbur di dalam diri? bukankah semua itu hanya milik DIA? sifat2 itu hanya layak untuk DIA...
Allah tidak memandang rupa, tetapi "akromakum 'indaLLAHi atqokum" , kemuliaan kamu disisi ALLAH adalah kerana ketaqwaan kamu...siapakah kita ingin memandang rupa sedangkan ALLAH tidak memandang rupa?
apa ada pada rupa? dah tua nanti, berkedut, masih cantik dan dipuji pujakah? dah berulat nanti masuk kubur? bangkai yg paling busuk, kecuali bg yg beriman dan bertaqwa ketika hayatnya, para hafiz hafizah...
tak salah nak puji manusia, malah kata2 manis itu juga adalah sedekah, tapi jgn lupe untuk memuji dan berbalik kepada YANG LEBIH BERHAK DIPUJI... semakin banyak kite memuji seseorang semakin dia suka pada kita...
Begitu juga ALLAH, semakin banyak kite menyebut, memuji dan mengingatiNYA semakin DIA menyukai kita... contoh ayat pujian yg sepatutnya kalau nak jugak puji manusia,
"hebat ALLAH ta'ala yg mencipta kecantikan si fulan sifulan.."
"Maha Suci ALLAH yg menciptakan kehenseman mamat ni..."
and so on... ummat hari ni 'LEMAH' untuk berbicara dan menyampaikan perkataan tentang kebesaran ALLAH, walhal itu adalah perkara yg 'HAK'...
tapi lebih mengagungkan manusia yg tiada kuasa dari PENCIPTA YG MAHA KUASA...
waLLAHu a'lam...
Terima Kasih Tuan Guru
-
Alhamdulillah Allah Taala melapangkan masa Tuan Guru.
Sudi Tuan Guru datang melawat dan memberi tazkirah di KUIS.
Saya menyanjungi Tuan Guru.
MasyaAll...
3 days ago
0 comments:
Post a Comment