27 May 2008

DOA : Mintak atau Bace???

Abg aku ada cakap kat aku, bahawa hari ni.. kebanyakkan ummat islam membace doa.. bukan mintak doa pada ALLAH.. malahan Tok Imam di masjid juga ada yg mcm tuh! termasuk aku..ohh.. Bace dan mintak, bukan ker berbeza maksud tuh? Seusai solat, selepas wirid dan zikir, kite semua berdoa pada ALLAH.. Tapi bukan mintak, bace!

Ape bezanya org yg bace dan mintak doa? beza? ermm.. org yg mintak doa nih, mereka khusyuk tenggelam dalam doanya, mereka menangis di depan ALLAH, yakni mintak sungguh-sungguh.. menghayati setiap kata doanya, begitu juga dgn org yg bertaubat dgn dosa yg lalu, mereka menangis, mintak sungguh-sungguh dengan ALLAH.. itu kalau bab doa mintak jauh azab kubur dan neraka ALLAH and so on..

Tapi..timbul pulak persoalan, kalo doa makan, doa masuk kuar toilet, doa nak dan bgn tido dan wutever lah, takkan nak menangis jugak kot..huhu.. itu atas penghayatan hati seseorang pulak, tgk situasi la nak nanges..bukan semua keadaan, kalo macam mintak hindar azab ALLAH tuh yer la..sebab kite sungguh2! SUNGGUH2 TAKOT AZAB ALLAH YG AMAT PEDIHHH!!!

Berdoa dgn sepenuh hati dan perasaan, mengalir air mata itu yg terbaik, ALLAH nak tgk kesungguhan kite dalam meminta padaNYA, manusia tak suke apabila kite asyik memintak mintak dgn depa, tapi ALLAH lain, DIA Maha PEMURAH, maka DIA sangat2 lah suka apabila kita selalu mintak denganNYA.. Malah ALLAH sentiasa rindu nak dengar sore kite mengadu dan meminta padaNYA..

Tapi kite pulak malas nak mintak, dahlah miskin! huhu ape nak jadik..isk2.. miskin kat sini bukan bermakna miskin harta jer, banyak la kategori miskinnya, miskin ilmu, miskin akhlak, miskin harta, miskin pakaian dan macam2 lagi jenis2 miskin kite neh, sebab kite memang tak sempurna!

Pendek kate, same2 kite perbaiki doa kite, supaya kita mintak doa, bukan bace doa..kadang2 kite terlepas pandang asbab laju sgt bace doa, panjang pulak tuh, tp penghayatan maknanye takdek.. nak nanges? nak! aku nak nangis sambil solat, sambil mengaji Al Quran dan sambil berdoa!

20 May 2008

'Zuhud'

'Zuhud'...aku ingat lg sorang kawan aku student pondok bgtahu aku maksud 'zuhud'..aku pernah tersasar ketika tercari cari amalan agama ni, maksud aku tersasar bukan bererti 'ajaran sesat'..huhu..

Tapi aku pernah mengagumi dan nak tiru segala gaya dan perbuatan para wali ALLAH.. betol, aku sangat kagum dgn iman dan taqwa mereka kpd ALLAH SWT.. waktu di kampus dulu, aku asyik mencari cari mengkaji kitab tentang wali2 ALLAH..kisah2 mereka semua kubaca buat penguat semangatku dalam agama..

Pelbagai kisah wali aku jumpa, ada yg tinggalkan dunia merantau dan bertapa di gunung dgn amalan, ada yg mencungkil biji mata kerana bertaubat setelah berbuat silap, ada yang hidup susah tinggalkan dunia hinggakan gaya dan perwatakannya tidak terurus seperti orang gila kerana mabuk cinta pada ALLAH...

Ada yang..pendek kata, macam-macam kisah aneh tentang wali telah kubaca..aku dapati kesimpulannya, itulah maksud 'zuhud'..yakni meninggalkan dunia dan beribadat serta mensuci diri terhadap ALLAH semata-mata..

Then aku tanya kawan aku tuh tentang erti 'zuhud'.. Katanya.. 'zuhud' itu bererti "walau segunung harta di tangan namun tidak meletakkannya dihati".. Katanye lg, kite perlu berusaha di atas dunia nih, tapi jgn ambil lebih dari keperluan kita..

Ohh..masya ALLAH, baru aku yg jahil ini paham aper erti 'zuhud'.. 'zuhud' tu adalah kata lawan bagi 'al-wahan' yakni cinta kepada dunia, 'zuhud' tak bererti tinggalkan dunia, sedangkan ALLAH mengajar kita supaya berusaha dan berikhtiar, kemudian berdoa dan bertawakal kepadaNYA, bukan terus bertawakal tanpa usaha dan ikhtiar...

Cumanye.. janganlah kita salah yakin pada benda yg kita usaha dan ikhtiarkan tu.. yakin hanya pada ALLAH.. kerana selain ALLAH tiada kuasa melainkan ALLAH juga Yg Maha Berkuasa!!!

Aku rujuk pula pada sorang temanku, salah seorang jemaah dakwah, student UTM dan sekarang sudah bergelar engineer, dia pula berkata kisah2 para wali itu telah di editkan oleh kaum kafir yahudi untuk mengubah cara pemikiran ummat islam,untuk memundurkan ummat supaya jgn bekerja, hanya meminta...

Katanya lagi, ALLAH murka kepada sesiapa yg menyakiti tubuh badannya sendiri merujuk kepada kisah wali yg mencungkil mata kerasa bertobat dan rasa bersalah tu, dia ade nyatakan firman ALLAH dalam Al-Quran tapi aku lupa..ohh, maafkan aku si pelupa ini..

Abg aku pula cakap, bukan para wali yg dijadikan contoh teladan kita, tapi Rasulullah dan para sahabat, kerana mereka itu adalah kekasih ALLAH dan telah dijamin syurga oleh ALLAH, yakni ALLAH telah redha kepada mereka dan mereka juga telah redha kepada ALLAH, para wali tu mereka berbuat amal untuk diri sendiri..

Ohh baru aku sedar dari ape yg aku kagum-kagumkan selama ni, tak salah aku kagum pada mereka, tp bukanlah sebagai contoh teladan.. benarlah cakap abg aku, yakni Rasulullah dan para sahabat itulah yg menjadi idola kita..sebab tuh aku cakap aku pernah tersasar dalam mencari cari semangat beragama..huhu..

Alhamdulillah skang ALLAH dah bg aku paham.. Paper pun, nak capai tahap 'zuhud' tuh bukan senang.. nak tahu sejauh mane kita zuhud, cubalah pakai pakaian taqwa seperti Baginda saw, kita test zuhud kita hanya dari sudut pakaian je dulu eh (perkara paling ringan tapi paling susah org nk buat,soal mujahadah lawan nafsu), ermm..

Let say kita hidup mewah, rumah besar, kete besar, cuba test pakai serban lilit2 kat pale, simpan janggut, pakai jubah or kurta, dan lepas tuh pergi mengimarahkan rumah ALLAH 5waktu sehari..

Lagi banyak masa lagi baik,sebab ade firman ALLAH yg menyatakan org yg benar2 beriman adalah org yg sentiasa mengimarahkan masjid2 (yakni rumah2 ALLAH), cuba pulak berjalan buat dakwah pintu ke pintu, ajak org kepada ALLAH sana sini...

Tengok pulak ape reaksi kita kalo kene kutuk or maki2 sdgkan kita sayangkan mereka dan mengajak ke arah kebaikan (macam Baginda saw sampai dilemparkan najis, tp tengoklah akhlak mulia Baginda saw).. cubalah kita manusia yg hidup senang dgn nikmat ALLAH nih, makan pakai tangan, basuh tangan ikut sunnah Nabi..

Aku pernah terbace, jika kita meninggalkan satu sunnah Nabi, maka akan ketinggalan sunnah yg berikutnya, contohnya mcm bab makan ni la..Kalo kite makan dgn sudu garfu(budaya yahudi), maka kita terlepas pahala sunnah basuh tangan, jilat jari and etc..

Dan cubalah pula test zuhud kita dgn sedekah, sedekahkan duit/harta kita pada fakir ke..atau pada masjid ke..tiap-tiap bulan...

Aku pernah dgr abg aku cakap perancangan dia.. gaji dibahagi kepada 4 tiap tiap bulan(terpulang pd individu bagaimana dia nk manage), 1/4 darinya disedekahkan kepada masjid/fakir/rumah kebajikan atau sebagainya(terpulang selagi namanya sedekah)..1/4 lg diberikan kepada org tua kita..1/4 lg digunakan untuk keperluan kita dan selebihnya buat simpanan untuk masa depan..

Time urgent ke, atau untuk anak-anak akan dtg dan sebagainya.. boleh jugak dibahagikan mengikut kadar keperluan(terpulang).. tapi untuk sedekah tuh jangan lah dikurangkan seeloknya..

Ingatlah duit hasil titik peluh kita ini bukan milik kita sebenarnya, jangan salah paham walaupun kita yg bekerja penat lelah, tapi itu bukan haQ kita..semua itu haQ ALLAH, sebab kita hamba ALLAH, milik ALLAH, so ape kepunyaan kita adalah kepunyaan ALLAH SWT...

Dan ALLAH suruh pula kita membahagi bahagikan kepada org lain, dalam harta kita itu sebenarnya ada harta org lain, sbb tuh jgn makan semua harta kita takut termakan harta org lain, sedekah la dulu baru puas hati nk makan pon,hehe..

Ustaz aku pernah cakap, "walaupun makanan dalam mulut kamu, selagi kamu tak telan masuk ke dalam perut kamu, itu bukanlah rezki kamu", begitu juga soal duit..

Kalau kita bersedekah dgn ikhlas di dunia nih, harta sedekah kita tuh ALLAH akan siapkan sebuah mahligai di syurga kelak, aku cuma dgr dari ustaz2.. wallahu a'lam bissawab..

19 May 2008

Nafsu yg keras kepala..

Cerita nih aku pernah dgr dari abg aku, dan info nih ku petik dari emel seorang teman yg forward kepadaku..syukran jazilan ya sodiqi..

Dalam sebuah kitab karangan 'Utsman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi ada menerangkan bahawa ketika ALLAH telah menciptakan akal, ALLAH telah berfirman pada akal: "Wahai akal, mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kedepan ALLAH,kendian ALLAH berfirman lagi yang bermaksud: "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbaliklah seperti perintah ALLAH.

Kendian ALLAH berfirman lagi pada akal: "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun menjawablah, "ENGKAU adalah TUHAN yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMU yang daif dan lemah."
Dan ALLAH berfirman lg yg bermaksud: "Wahai akal tidak KU ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

And then ALLAH menciptakan nafsu pulak, dan berfirman kepadanya yg bermaksud: "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya ia mendiamkan diri. Kemudian ALLAH berfirman lagi yg bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah AKU?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan ENGKAU adalah ENGKAU."
Lepas tu ALLAH SWT menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.

Kendian ALLAH SWT berfirman padanya yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah AKU?". Nafsu menjawab, "Aku adalah aku dan ENGKAU adalah ENGKAU." Punye la keras pale..heh..Lalu ALLAH SWT menyiksa lagi nafsu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka ALLAH bertanya lagi pada nafsu: "Siapakah engkau dan siapakah AKU?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hambaMU dan KAMU adalah TUHANku."

Dalam kitab tersebut juga ade menerangkan bahawa dgn asbab itulah ALLAH SWT mewajibkan puasa. So dari kisah ni dapatlah kita tahu bahawa nafsu itu adalah sangat jahat, oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu dalam diri kita, jangan biarkan nafsu menguasai kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah..hancus..lebus.. huhu.. ALLAH telah jelaskan bahawa "nafsu dan syaitan itu adalah musuhmu yg nyata".. wallahu a'lam bissawab..

Bila Hati Berbicara..

Ku kesali zaman ini…zaman yang penuh tipudaya dan pancaroba..

Oh.. aku silap berbicara.. bukankah dunia itu sendiri ALLAH telah nyatakan sebagai tipudaya.. yakni kesenangan yg menipu? Ku teringat satu Hadis Qudsi yg berbunyi:

“Anak cucu Adam yang mengatakan ‘Alangkah celakanya zaman ini’ sungguh menyakitkan hatiKU. Janganlah zaman yang disalahkan, kerana zaman itu AKU yang membuatnya. AKU lah yang mempersilih gantikan siang dengan malam. Bila saja AKU mahu, AKU dapat menghentikannya.“ (Riwayat Muslim dari Abi Hurairah)

Sedang zaman yang ALLAH cipta bergantinya siang dan malam itu tiadalah salah dan dosanya, tetapi aku juga yang merosak dan menyakiti zaman itu..mengubah dan mengotori zaman itu dengan najis dosa dan maksiat kepada PENCIPTAku..

Bila ku renung akan kemurkaan ALLAH, ku rase gerun dan seram dgn seksaan ALLAH yg amat amat sangat pedihnya.. kerana iman ku yg senipis kulit bawang.. ‘amalku yg sekecil cuma.. ilmu ku yg setitis juga dan kerana tiadanya manfaat dariku untuk ugamaku.. Namun ku teringat lagi satu Hadis Qudsi yg berbunyi:

“Kadang-kadang AKU bermaksud akan menyeksa hamba-hambaKU, tetapi sewaktu AKU melihat orang-orang yg berduyun-duyun mengunjungi masjid, orang-orang yg mendengarkan ayat-ayatKU, anak-anak muslim yg seronok belajar agama, reda tenteramlah kembali amarahKU.” (Al-Ja’bar)

Kudapat satu pembayang,yakni mengimarahkan rumah ALLAH itu dapat menghilangkan amarah ALLAH terhadapku yg banyak berbuat dosa dan maksiat ini, begitu juga dengan mendengar dan memperdengarkan ayat-ayatNYA yg suci…Dan juga:

“Masjid-masjid di muka bumi ini adalah ibarat rumahKU. Orang-orang yg meramaikan masjid adalah tamu-tamuKU. Beruntunglah orang-orang yg telah membersihkan dirinya datang bertamu ke rumahKU, kerana yg dikunjungi berkewajipan menghormati tetamuNYA.” (Hidayatul Mursyidin)

Masya ALLAH..begitu hebat sekali ALLAH beri penghargaan kepada hamba-hamba yg mengunjungi rumahNYA..Bagi hamba yg sentiasa mengimarahkan rumah ALLAH itu kukira setentunya mereka itu dari kelompok yang ‘takot’ dan ‘taat’ kepada ALLAH, dan inginkan kebaikan agama menusuk ke jiwa mereka..Dari ALLAH jua segala kebaikan itu:

“Demi kebesaran dan kehormatan KU, pasti tidak akan terdapat dua ketakutan atau dua keamanan dalam diri hambaKU. Jika dia aman di dunia dengan menganggap remeh kepadaKU, di hari kiamat akan AKU beri ketakutan. Jika di dunia dia takut kepadaKU, dihari kiamat AKU beri keamanan.” (Riwayat Ibnu Hibban)

Bagaimana rasa takot pada ALLAH itu? Hahaha..Aku takot pada ALLAH, tapi di bumi ini aku bersenang dan bergelak tawa bersama teman-temanku..Hahaha..betol!! Aku sangat takot pada ALLAH!!! Begitukah takot? Sedang kita dalam kelalaian.. adakah orang yg ketakutan masih mampu senyum? Ketawa apatah lagi? Oh..aku rujuk pada diriku sendiri.. Aku inginkan keamanan dari ALLAH di hari kiamat nanti.. Aku inginkan syurga ALLAH:

“Sungguh tidak ada rasa malu, orang yg mengharapkan syurga tanpa beramal. Bagaimana mungkin AKU akan bermurah dengan ‘nikmat’KU terhadap orang yg ‘kikir’ menta’atiKU?” (Hidayatul Mursyidin)

Benar, aku malu untuk meminta syurgaMU sedang amal ku yg sedikit cuma, namun aku takut untuk menempuh azab nerakaMU Oh TUHAN..Aku masih pinta KAU pimpin aku kepadaMU..Aku sangat memerlukanMU baik waktu siangku, malamku, senangku, susahku, hidupku dan matiku:

“Hai anak Adam! Semua orang memerlukan kamu untuk kepentingannya, tetapi AKU memerlukan kamu untuk kepentingan kamu sendiri, kenapa kamu menjauhi AKU?” (Al-Futuhatul Makkiyah)

Aku tak ingin menjauhiMU Ya TUHAN.. Aku ingin selalu bersamaMU.. Setiap detik dan ketika.. Aku ingin suburkan jiwaku dengan sentiasa menyebut namaMU, aku ingin sentiasa patuh dan taat padaMU, walau kadang kaki aku tersadung jua dan terjatuh rebah ke dalam lumpur, maafkan si hina ini Ya TUHAN..

Malah, adakalanya aku terlupa bahawa aku ada KAMU.. aku manusia yg lalai sentiasa ‘percaya’ dan ‘yakin’ kepada sesuatu yg di depan mata, aku terlupa aku ada KAMU yg Maha Kuasa dan tiada yg berkuasa melainkan ENGKAU Yang SATU:

“Hai anak cucu Adam! Janganlah merendahkan diri mengharapkan sesuatu kepada orang selain AKU, sedangkan AKU selalu bersedia menolongmu, jika kamu memohon kepadaKU, kamu akan memperolehi kurniaKU, tetapi jika kamu mengemis-ngemis kepada yang lain dariKU, akan luputlah segala kebaikan itu.” (Hidayatul Mursyidin)

Aku tahu hakikatnya tiada yg berkuasa melainkan ENGKAU.. Tiada yg Pemberi dan Perkenan melainkan ENGKAU.. Tiada makhluk yg dapat menyamai ENGKAU.. KAU menguasai segala kerajaan di langit mahupun di bumi..Hanya padaMU kami berhajat dunia dan akhirat Ya ALLAH…

Aku Tak Kisah..

(memetik dari luahan hati seorang muslimat..)

Dia cakap aku kolot.. pakaianku tak ‘up to date’… Aku berkelubung macam org tua di kawasan pedalaman.. tak menarik minat apabila kaum lelaki melihat aku..ohh.. aku tak kisah.. hakikatnya aku memang kolot.. (senyuummm) :D

Dia cakap aku tak pandai bersolek, bermekap menaikkan seri wajah tika keluar rumah, aku masih jakun di era pembangunan..ohh..aku juga tak kisah..hakikatnya aku memang jakun..(senyuuummm) :D

Dia cakap aku macam katak bawah tempurung asyik terperap dirumah, tak berkembang melihat dunia luar..ohh aku masih tak kisah..hakikatnya aku mmg macam katak bawah tempurung..(senyuummm) :D

Dia cakap aku kera sumbang, tak reti bergaul dan berso-sial dengan kawan-kawan, enjoy dan bergembira di luar sana..ohh aku masih juga tak kisah, hakikatnya aku mmg kera sumbang..(senyuummm) :D

“ALLAH dah tarbiah semua tu dalam ugamaku..Cukuplah ALLAH bagiku.. Cukuplah penilaian ALLAH yg aku mahu..Cukuplah asalkan ALLAH suke pada ape yg aku perbuat..Cukuplah ALLAH yang Maha Mengetahui ape yg di bumi dan di langit..Dan cukuplah hanya ALLAH!!!” Balasku di dalam hati..hehe.. sekadar bermonolog di fikiran tanpa menghamburkannya..namun aku tetap senyuuuummmm seindah suria..huhu..

15 May 2008

Da'wah ilaLLAH...

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak" (At-Taubah:38)

"Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" (At-Taubah:39)

Memandangkan bumi Malaysia dikurniakan nikmat aman damai tanpa peperangan, maka jadilah kita ummat yg tak tahu menghargai dan mensyukuri kedamaian ini(not include crime).. Jadilah kita ummat yg sentiasa sibuk mencari dunia.. Yg selesa dgn kehidupan dan kemewahan, terus asyik dalam kelalaian.. walaupun masih ada keinsafan bagi segelintir ummat yg peka dan sedih terhadap nasib sebahagian ummat di bumi yg dilanda peperangan seperti Bosnia, IraQ, Afghanistan, Palestin, Lebanon, Chechnya dan sebagainya..

Tapi sekadar itu..Sekadar rasa belas dan kasihan..serta mendoakan mereka.. Baguslah.. Aku tak cakap tak bagus.. Doa itu senjata org mukmin.. Walau azab dan kasihan bagaimanapun pada mereka di dunia ni, namun mereka tetap mendapat syurgaNYA di sana..Alhamdulillah..

Berperang demi membela agama ALLAH ini adalah sgt mulia dan diberikan ganjaran syurga oleh ALLAH kepada mereka yg mati syahid tanpa sebarang hisab! sekali lagi tanpa sebarang hisab!!! Masya ALLAH.. tak maukah kita? Dipendekkan cerita.. Apekah pula peranan kita untuk berperang ini tidak diwajibkan kerana bumi kita aman damai tanpa diserang oleh mana-mana pihak? Jawapannya aku dah quote tafsir surah At-Taubah ayat ke 38 dan 39...

Pertama sekali aku nak tegaskan bahawa aku bukanlah berdakwah melalui blog, aku tahu bahawa "tiada kejayaan selain dari cara Baginda saw(dan para sahabat ra).." dan.. "kejayaan ummat islam pula hanyalah dalam agama!"...Tapi memandangkan aku nih jenis suke menulis, maka aku luahkan la ape yg terpendam dalam hati sanubari aku neh..Sekadar luahan hamba yg hina.. Berbalik pada topik kita tadi, apekah peranan kita sbg ummat islam berhubung dgn firman ALLAH dalam surah At-Taubah itu?

Yakni ALLAH memerintahkan kita(ummat islam) keluar berperang, keluar ke jalan ALLAH.. tahukah kamu bagaimana cara nya untuk berperang di bumi yg aman merdeka ini? kita tak perlu angkat senjata, kita tak perlu bertumpah darah, kita tak perlu semua tuh! Sebab bumi kita aman damai! Terus.. kita semua perlu bagaimana? Duduk dalam rumah, goyang kaki, makan-makan sambil nonton televisyen.. begitu?

Tidak..! Kita perlu mujahadah lawan nafsu.. berperang melawan nafsu, jauhi segala kemungkaran..(manusia tak perfect melainkan Baginda saw).. kemudian kita perlu keluar rumah, perlu korban masa, harta, tenaga, keringat dan segalanya menyeru ummat kepada ALLAH..Kenapa perlu buat pengorbanan semua tuh?! Kerana ALLAH telah membeli dari orang-orang yang beriman, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.. (At-Taubah:111)

Walhal kita ini adalah milik ALLAH! bukan milik kita.. ALLAH menyeru kita keluar beramai-ramai membuat pengorbanan demi agamaNYA yg suci, tapi kita lebih suka bersenang lenang di atas singgahsana..Sedangkan ummat hari ini ramai yg menderita.. Ramai yg jauh dari ALLAH.. Ramai yg belom terbukak pintu hatinya.. Ramai yg telah murtad.. Ramai yg belum islam.. Tapi kita asyik bergelak ketawa saban hari..hari demi hari.. sampailah harinya ajal menjemput..

sekali lagi aku quote dari tafsir At-Taubah di atas..Kerana manusia(kita) perlu diberi peringatan lagi dan lagi..dan lagi..dan lagi..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak" (At-Taubah:38)

Benar..Kita hari ini lebih suka hidup menikmati kesenangan dalam kelalaian.. Sedangkan pencinta agama juga merasa khuatir untuk keluar ke jalan ALLAH, sedang berkira-kira dan membuat solat sunat istikharah minta jawapan dari ALLAH(dan sudah tentu jawapan ALLAH supaya keluar berjuang), berdasarkan cerita dari pengalaman seorang kenalan..Apatah lagi yang jauh dari agama..Sebab tu kita ummat akhir zaman ini sangat perlu kepada usaha agama, sepertimana perlunya kita kepada ALLAH, dan ALLAH tidak memerlukan kita!

Kita tengok sendiri betapa ISLAM dijatuhkan hari ini.. Dicerca dan dihina.. Tapi kita tidak peduli! Kita peduli akan soal perniagaan kita, jual beli kita yg menguntungkan dan duit masuk keluar poket kita..(duit ohh duit..hamba duitkah aku?).. Na'uzubillah.. Kenapa kita tidak risaukan agama kita yg semakin dipandang leceh walau oleh ummat sendiri??? Kenapa??? Ohh..Aku takde jawapan.. Melainkan diri sendiri yg mengubah, kerana ALLAH takkan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri.. Jawapannya dalam diri masing-masing..

Berjuanglah kamu membela agama ALLAH!! Nunnn! Disana ummat sedang menderita tidak solat! Nunnn! Disana ummat sedang menderita mabuk arak! Disana ummat sedang menderita berzina siang dan malam! Disana ummat sedang menderita bermain judi! Disana ummat sedang menderita memakan rasuah! Riba'! dan segalanya... Apa kita hanya mampu menghidu? Melihat? Mendengar? Tanpa berkata walau sepatah?! Apa begini caranya cintakan agama? Cintakan Rasul? Cintakan ALLAH??? oh..Aku bertanya pada diriku sendiri.. Apa manfaat yg telah aku bagi untuk ugamaku...

So..pada semua ummat termasuk aku yang cintakan agama ini, janganlah sia-siakan usaha Baginda dan para sahabat, tuntutan berdakwah itu adalah tugas wajib yg diwariskan kepada kita dari para Nabi..Yakinilah bahawa tugas yg kita pikul ini adalah sangat mulia.. Seperti dalam firman ALLAH swt dalam surah Al - Fussilat: 33

" Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan berkata aku adalah daripada orang-orang yang menyerah diri(muslimin)"

dan..sebagaimana firman-Nya dalam surah Ali-Imran :110

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk (faedah) manusia, Kamu mengajak kepada kebajikan dan kamu mencegah daripada kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah....."

Kita adalah sebaik-baik ummat untuk faedah manusia..Tapi bagi ummat yang tak buat perintah, tak tinggalkan larangan ALLAH, tak mengajak kpd kebaikan dan tak mencegah kemungkaran serta tidak beriman kpd ALLAH itu bagaimana pulak? erk? Jangan tengok salah.. Jangan tengok buruk.. Jangan kutuk.. Jangan benci Tapi nasihat dan tegurlah bil hikmah.. Insya ALLAH bila ALLAH beri hidayah pada mereka nanti dan mereka bertaubat, mereka boleh jadi lebih mulia dari kita.. Itu perlunya dakwah ilaLLAH..

Musuh islam hari ini membuat pelbagai strategi untuk menghancurkan islam dan ummatnya.. Mereka bergerak secara berjemaah(itu dakwah mereka walaupun batil) dengan perancangan mereka sebagaimana yang dijelaskan oleh tokoh Islam "Jala Al-Alam" iaitu:
-Hancurkan akidah muslim.
-Hapuskan Al Quran daripada mereka
-Hapuskan sistem khalifah Islam.
-Hapuskan tokoh-tokoh Islam.
-Rosakkan akhlak muslim dan fikiran mereka.
-Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
-Tanamkan keraguan terhadap agama.
-Lenyapkan persatuan muslimin.

Dan semua ni telah dijelaskan oleh ALLAH dalam firmanNYA:
" Mereka mahu memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan Allah menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)" (At-Taubah:32)

Semoga ALLAH bawak fikir risau kita terhadap ummat dgn keadaan dunia yg sudah "berterabur" dan "berselerak" hari ni.. Mohon maaf jika tersilap kata dan sebagainya, aku yg cetek ilmu ini mengalu-alukan sebarang kutukan dan kritikan membina..hehehe

Di akhir post nih aku quote firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104:

" Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu ummah yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan perkara ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Dan merekalah orang-orang yang berjaya"

Malah, Rasulullah sendiri telah berpesan kepada ummatnya dengan satu amanah yang mesti dilaksanakan dengan sabdanya:

"Sampaikanlah sesuatu daripada aku walaupun satu ayat sekalipun"

14 May 2008

Yaa Rasulullah

Hayati lirik lagu nasyid ini...
Hati kamu akan terusik...
Jiwa kamu akan teranjak...
Dan mata kamu akan berlinangan...(T_T)

Yaa Rasulullah...

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Karena pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma sholli 'alaa Muhammad
Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada ummat
Umati umati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa'atkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafa'atmu

Album : Senyum
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Maksud Hidup..

Aku berterima kasih pada seseorang yang sangat aku hormati selain mak aku.. yang banyak didik dan bagi tazkirah ugama pada aku yg mane jadi asbab dari ALLAH untuk aku faham ugama..ugama yg suci ini.. selain mak,Kusza(over all) dan org tu adelah abg ngah aku sendiri..

Mulenye aku langsung tak tahu wujudnya cinta makhluk pada Al-Khaliq kite.. dari kecik aku dibesarkan dalam suasana cinta sesama makhluk, tanpa pedulikan perasaan PENCIPTA aku.. aku selalu lengah-lengahkan solat.. aku tak jaga perasaan ALLAH yg memanggil dgn laungan muazzin, "haiyya alassolaahhh, haiyya 'alassolaahhh".. sampaikan pernah zaman kelalaian aku, masih menonton TV cerita hindustan sementara azan berkumandang! astaghfirullahal'azim..

ALLAH menyeru kite.."marilah sembahyang.. marilah sembahyang.. marilah menuju kejayaan.." tapi aku buat derrrkkk je dan terus menonton cerita yg berunsur maksiat.. kalau rancangan agama lain jugak,heh..ni rancangan yg diulit syaitan! sungguh aku bertobat dgn tobat nasuha.. aku tak tahu dulu bahawa semua itu haram.. aku cuma belajar sedikit yg haram, yakni bersentuhan lelaki dan wanita ajnabi.. tidak menutup aurat..minum arak..tinggalkan sembahyang dan sebagainye yg biasa kita dengar dalam kehidupan kita..

Aku tak tahu betapa tegahan ALLAH melarang kite melihat aurat sesama jenis, apetah lagi berlawanan jenis.. apetah lagi membelakangkan ALLAH kerana sedang membuat maksiat! (contoh mcm aku,tgk citer hindustan ketika org azan dan tak meninggalkan TV) na'uzubillah..aku mohon perlindungan ALLAH jua..aku tak tahu kite mesti wajib ingat pada ALLAH 24hours! aku tak tahu buat ape2 kerja niat kerana ALLAH baru dikira ibadah.. begitu jugak makan,minum, tido dan sebagainya..aku tak tahu kalo buat semua tuh wajib kene ikot sunnah Baginda saw..wajib! err..ade org nk pertikaikan?

Hurmm..Bagaimana kite nak capai maksud hidop kite kalo ape yg kite buat semuanya bertentangan, atau.. even tak bertentangan pon, tapi kita tak melakukannya selaras dengan ajaran dan didikan ALLAH.. selaras dgn tunjuk ajar Baginda saw.. sedangkan Rasulullah adelah sebaik baik contoh teladan..pendek kate, nak capai redha ALLAH(maksud hidop)..ikotlah cara Rasulullah dan para sahabat! ALLAH dah tunjukkan semua tuh,tp kenapa kite masih ingkar..?

Masih tinggalkan sunnah Baginda? Bagaimana kite kate nak capai redha ALLAH? sedangkan Baginda dan para sahabat adalah kekasih2 ALLAH, yg mana ALLAH telah redha kepada mereka dan mereka pula telah redha kepada ALLAH dan dijamin syurga.. kite hari ni tak cakap kite tak suke pada amalan mereka..yakni sunnah Baginda saw..tapi kite tak amal! so..ape bezanya? kalo suke, then amalkan! bukankah mencintai Baginda saw same seperti mencinta ALLAH? maka..jika kite benar-benar cintakan Baginda, sudah tentu kite ingin tiru segala gaya idola kite tuh..Tak betol ke?

Org yg benar-benar cinta ini dia akan taksub! disini taksub yg elok, yg membawa kepada keredhaan ALLAH dan menyenangkan hati ALLAH.. kite masuk syurga bukan kerana amalan kite, tapi kerana rahmat dan redha ALLAH.. hanya Rasulullah dan para sahabat manusia yg dijamin syurga, so.. contohilah ahli-ahli syurga ini dalam kehidupan seharian kite.. pada diri mereka itu ade akhlak yg baik yg ALLAH telah terap dan tarbiahkan pada mereka..

So..jalan itulah yg kite inginkan untuk mencapai maksud hidup kite..errr..bagi kaum hawa..tasykil suami suruh keluar ke jalan ALLAH..takkan matinye kite selagi ALLAH belom tetapkan sampai ajal kite, innaLLAHa ma'ana..apetah lagi para suami itu keluar untuk mencari redha ALLAH..

"Jika kamu membantu agama ALLAH, maka ALLAH akan membantu kamu.." (surah Muhammad :7)

aku pernah dengar satu riwayat..jika kita malukan diri di bumi kerana ALLAH, ALLAH malu untuk menghisab kite di akhirat kelak.. wallahu a'lam bissawab...

13 May 2008

Mujahadah Wanita..

:Imam Diraja Qatar (Bayan diterjemahkan dari Bahasa Arab oleh Ustaz Hamid, Imam Masjid Sri Petaling, Malaysia)

Alhamdulillahirabil'alamin …… Dalam firman Allah SWT, Allah SWT telah menghubungkaitkan kejayaan manusia samaada lelaki dan wanita dengan agama yang sempurna, iman dan amal sholeh. Jadi dalam perkara ini Allah SWT samakan samada lelaki atau wanita, dia orang ajam (bukan Arab) atau orang Arab, dia pemerintah ataupun rakyat, semua mereka, apabila inginkan kejayaan di dunia dan akherat maka tidak dapat tidak mesti bawa agama dalam kehidupan mereka. Maka janji Allah SWT, bahwa Allah SWT akan memberikan kepada mereka kehidupan yang baik, kebahagiaan di dalam kehidupan dunia. Dan juga Allah SWT beri kejayaan kepada mereka di dalam kehidupan kekal abadi.

Bahwa Allah SWT akan memberikan ganjaran pahala kepada mereka lebih baik daripada amalan mereka sendiri di dunia. Allah SWT menjadikan kita atas hikmah-hikmah yang Allah SWT sahaja mengetahuinya. Tetapi Allah SWT telah memberikan satu tanggungjawab dan tugas kepada kita yaitu berzikir dan bersyukur kepada-Nya. Maka sesiapa di antara hamba-hamba-Nya baik dia lelaki atau wanita yang banyak berzikir kepada-Nya maka dia telah menunaikan tanggungjawab dan tugas yang karena itulah Allah SWT menjadikan mereka. Maka sesiapa yang lebih banyak zikir dan syukur kepada Allah, maka dia adalah orang yang lebih dekat atau hampir kepada Allah SWT. Sebaliknya yang kurang berzikir dan bersyukur kepada Allah SWT, maka mereka jauh daripada Allah SWT sendiri.

Harta benda yang ada disekeliling kita, anak pinak, makanan, pakaian, rumah tangga, yang ada di sekeliling kita, ini sebenarnya Allah SWT berikan nikmat-nikmat ini kepada kita supaya kita sampai dan bersyukur kepada-Nya. Melalui nikmat-nikmat ini kita dapat berzikir kepada-Nya, Melalui nikmat-nikmat ini, kita dapat mensyukuri akan nikmat-nikmat Allah SWT, dan untuk sampai kepada Allah. Ini merupakan perantaraan untuk kita berzikir. Harta, kemewahan, kerja, dan sebagainya adalah perantaraan agar kita sampai dan bersyukur ke hadapan Allah SWT, berzikir kepada Allah. Tapi sedihnya sekarang, perkara-perkara ini, perantaraan-perantaraan ini telah melalaikan kita dari maksud sebenarnya. Maksud sebenar adalah untuk kita berzikir dan bersyukur kepada Allah SWT. Tetapi perkara-perkara ini telah melalaikan kita dari asal maksudnya sebenarnya.

Maka sekiranya perantaraan-perantaraan ini, wasilah-wasilah ini mengganggu dan melalaikan kita daripada maksud-maksud, maka tidak ada harga dan nilai wasilah-wasilah itu kerana dianya telah melalaikan kita dari maksud asal yaitu bersyukur dan berzikir kepada Allah SWT. Allah SWT yang mana telah memberikan tanggungjawab kepada kita untuk berzikir dan bersyukur, kedua-dua perkara ini ada hubungkait satu sama lain. Dan perkara ini adalah sama kepada kita dan kepada umat-umat yang telah lalu. Kita ini adalah umat yang ketujuhpuluh. Sebelum kita telah berlalu 69 ummat. Allah SWT menjadikan umat ini umat yang terakhir dan umat yang mula-mula sekali akan dimasukkan Allah ke dalam syurga. Dan satu kemuliaan yang telah Allah SWT telah beri kepada umat ini selain dari yang tadi adalah Allah SWT telah menyamakan diantara lelaki dan wanita dalam tanggungjawab umat Nabi SAW sebagai Naib atau wakil kepada Rasulullah SAW untuk menyampaikan agama kepada timur dan barat dunia ini.

Maka ini adalah tnggungjawab lelaki dan wanita bersama-sama. Allah SWT telah muliakan umat ini. Bahwa di dalam AL-Qur'an Allah SWT telah menyebut,"Kamu adalah sebagai umat yang dikeluarkan untuk sekalian manusia." Bahwa ini adalah satu kemuliaan yang Allah SWT beri kepada umat ini. Tetapi kemuliaan ini akan kita dapat apabila kita menunaikan tanggungjawab kita yaitu menyeru kepada ma'ruf, dan mencegah munkar. Maka apabila umat ini bangun menunaikan tanggungjawab ini samada lelaki atau wanita, maka mereka akan mendapat kemuliaan daripada Allah SWT, bahwasanya mereka adalah umat terbaik di kalangan semua umat. Juga Allah SWT berfirman bahwa lelaki yang mukmin dan wanita yang mukmin, mereka adalah saling bantu membantu di antara satu sama lain. Mereka menyeru kepada ma'ruf mencegah daripada munkar. Dan juga Allah SWT akan meng-islahkan, memperbaiki zuriat, keturunan kita, anak-anak kita, dengan buat usaha agama.

Maka wanita sama-sama berganding bahu dengan suami mereka dalam buat usaha agama, memberi sokongan dalam melakukan usaha agama, maka Allah SWT akan memperkuat lagi suaminya dalam buat usaha agama. Maka banyak manusia-manusia yang akan dapat hidayah di atas tangan suami mereka. Lantaran itu, kerana wanita telah memberi sumbangan, tenaga, dan sama-sama membantu suaminya buat usaha agama, maka mereka akan mendapatkan ganjaran dari Allah SWT, sama seperti ganjaran yang didapati suami mereka tanpa mengurangkan sedikitpun ganjaran suami-suami mereka. Dan juga Allah SWT akan memperbaiki zuriat mereka, keturunan mereka, anak-anak mereka. Karena janji Allah SWT," Orang-orang yang beriman, anak-anak mereka, yang mengikut, maka di akherat nanti Kami akan samakan zuriat-zuriatnya dengan mereka di akherat kelak." Maka Alalh SWT akan memperbaiki keturunan kita, anak-anak kita, keluarga kita berkat daripada usaha agama. Maka apabila wanita dia sama-sama memberi sokongan, sumbangan, dan berusaha bersama-sama dengan lelaki, maka dakwah lelaki akan menjadi kuat. Dakwahnya akan berkesan.

Karena sebenarnya, setengah iman lelaki adalah wanita. Setengah iman lelaki adalah isterinya sendiri. Kalau isterinya sama-sama memberi sokongan, sama-sama memberi galakan, sama-sama mengambil bagian bersama suami dalam menyempurnakan tanggungjawab-tanggungjawab usaha dakwah, maka Allah SWT akan menjadikan dakwah suami menjadi lebih mantap, lebih kuat. Kalau tidak, Allah jadikan seperti orang yang limbung. Bahwa dia tidak dapat bergerak dan berjalan dengan baik. Dakwahnya tidak begitu kuat, dakwahnya tidak begitu mantap, walaupun dia seorang alim yang besar, walaupun suaminya seorang da'i, yang hebat, walaupun suaminya seorang nabi, walaupun nabinya adalah nabi yang 'ulul Azmi. Itupun apabila isterinya tidak sama-sama mengambil bagian, isterinya tidak sama-sama membantu dan menyokong, maka kekuatannya tidak sampai, kekuatan yang sepatutnya sampai tidak akan sampai. Contoh nabi Nuh AS.

Dia telah berdakwah di kalangan umatnya selama 950 tahun. Tapi isterinya tidak membantu bersama-samanya, isterinya tidak menyokongnya, maka juga akan merosakkan zuriat mereka. Karena daripada ibu tadi, anak akan menyusu benih-benih kesesatan, benih-benih kekufuran. Maka lantaran itu diantara anak-anak Nuh AS, ada yang kufur kepada Allah SWT yang menyekutukan Allah SWT dan memaksiati Allah SWT. Sebagaimana kata Ulama Anak dia dari Kan'an maka terbit zuriat-zuriat mereka yang tidak beriman kepada Allah SWT dan memaksiati Allah SWT. Karena apa? Karena mereka tidak sama-sama membantu suami mereka dalam menjalankan usaha dakwah, menjalankan usaha agama, maka sebagian dari zuriat mereka akan menjadi rusak. Sebaliknya wanita yang sholelah, wanita yang membantu suaminya, yang sama-sama berganding bahu dalam menjalankan usaha dakwah dan kerja agama, Allah SWT akan memelihara mereka, Allah SWT akan melahirkan anak-anak yang sholeh, zuriat yang baik-baik. Seperti mana kita semua tahu kisah Ibrahim AS dan Hajar RA.

Bagaimana begitu cinta dan sayangnya Ibrahim AS kepada isterinya dan begitu sayang kepada anaknya Ismail, masih bayi kecil, maka Allah SWT telah memerintahkan Ibrahim AS untuk menghantar isterinya ke Mekah di tanah yang tandus, sehingga Allah SWT mensifatkan dalam Al-Qur'an, satu wadi atau lembah yang tidak ada tumbuh-tumbuhan, tidak ada air, maka apabila hajar RA, seorang isteri yang taat, patuh kepada suami, bersusah payah dengan suaminya karena untuk agama. Maka dia tidak tanya mau dibawa kemana oleh Nabi Ibrahim. Dia ikut saja bersama-sama. Apabila sampai ke Mekah, tempat yang ditentukan Allah SWT, maka Nabi Ibrahim AS meninggalkan dua beranak dengan sedikit bekalan, dengan sedikit air. Tidak ada apa-apa. Orangpun tidak ada, tumbuhan tidak ada, kehidupanpun tidak ada. Cuma ada asbab-asbab kematian di sekeliling mereka.

Maka apabila Ibrahim AS mencapai untanya untuk beredar, Maka Hajar RA telah bertanya,'Wahai Ibrahim hendak kemana? Dia diam tak menjawab. Hajar RA tanya lagi,"Mau kemana tinggalkan kami?" Itupun Nabi Ibrahim AS diam. Kali ketiga Hajar RA tanya," Apakah Allah SWT yang memerintahkan untuk berbuat seperti ini?" Maka Ibrahim menganggukkan kepala dan mengatakan,"Iya." Maka kata Hajar RA,"Kalau begitu sekali-kali Allah SWT tidak akan mensia-siakan kami." Maka daripada mereka, orang yang berkorban, suami yang berkorban, isteri yang berkorban, anak bayi yang tidak paham apa-apa telah berkorban untuk agama Allah SWT, maka Allah SWT telah melahirkan dari mereka, zuriat-zuriat mereka orang-orang yang baik-baik. Ibrahim AS adalah datuk kepada semua nabi-nabi. Dan anaknya Ishak telah melahirkan nabi-nabi bani israel. Dan Ismail AS adalah datuk kepada nabi kita Muhammad SAW. Yang mana satu nabi yang Allah SWT utuskan dan kesolehan dunia, kebaikan dunia, keamanan dunia, datang dari agama yang dibawa Baginda SAW. Firman Allah SWT," Kamu berada, ikutlah, turutlah millah, bapak kamu, Ibrahim AS." Kita berada diatas millah, agama, cara Nabi Ibrahim AS.

Cuma yang berubah hanya syariat saja, amalan yang dibawa untuk disempurnakan oleh Allah SWT kepada Baginda SAW. Apa cara? Cara untuk agama, untuk datangnya agama ialah perlu pula pengorbanan suami, pengorbanan isteri, pengorbanan anak-anak, maka agama akan datang, daripada zuriat kita akan lahir manusia-manusia yang akan memberi kemanfaatan kepada kita di dunia dan akherat. Allah SWT telah memerintahkan Ibrahim As untuk membina ka'bah. Selesai membina Ka'bah dia mulai naik di atas bukit-bukit di sekeliling itu. Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim AS untuk menyeru. Maka ia telah menyeru."Bahwasanya Allah SWT telah menyuruh membina Ka'abah disini. Maka Allah SWT menyuruh kamu semua untuk melakukan haji. Maka Allah SWT telah menyampaikan suara Ibrahim AS kepada semua manusia yang ada pada masa itu, sehingga janin-janin yang ada dalam rahim ibu-ibu mereka, dan arwah-arwah yang berada dalam arwah, semuanya telah Allah sampaikan suara Ibrahim AS.

Maka Ibu-ibu yang dimuliakan Allah SWT, bahwa Allah SWT tidak suka bahwa ada suatu perkara, sesuatu benda yang melalaikan kita daripada Allah SWT, yang mengganggu urusan kita untuk pengorbanan di jalan Allah SWT. Lantaran itu Allah SWT telah perintahkan Nabi kita Muhammad SAW," Katakanlah wahai Muhammad, jika bapak-bapak kamu, anak-anak kamu, isteri-isteri kamu (suami-suami kamu), keluarga kamu, harta kamu, perniagaan kamu, rumah yang kamu sayang, menyekat kamu, lebih kamu cinta daripada mengorbankan daripada keluar ke jalan Allah SWT dan berjihad di jalan Allah, kamu tunggu, bahwa akan datang sesuatu dari Allah SWT, datang azab dari Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." Maka ibu-ibu yang dimuliakan Allah SWT, disini ulama-ulama kata, bahwa ini merupakan 8 utas tali yang mengikat manusia daripada berjuang di jalan Allah SWT. Berjuang, membelanjakan harta mereka, masa mereka, diri mereka untuk agama Allah SWT, membuat pengorbanan untuk Allah SWT.

Maka oleh karena itu sesiapa saja yang diikat oleh ke-8 tali tadi atau salah satu dari tali-tali tadi maka mereka telah tidak mampu membuat pengorbanan di jalan Allah SWT. Maka tergolong di kalangan orang-orang yang fasik. Dan mereka tidak mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Lantaran itu Allah SWT telah menyeru Baginda SAW," Berjihadlah kamu dengan Al-Qur'an dengan jihad yang besar." Ayat ini di dalam surah AL-Furqan. Dan Al-Furqan diturunkan di Mekah. Di Mekah tidak ada apa peperangan. Jadi membaca AL-Qur'an termasuk salah satu dari jihad. Maka di dalam jihad, ada beberapa perkara yang berbeza di antara lelaki dan wanita. Ada yang sama diantara lelaki dan wanita. Yang sama seperti lelaki perlu belajar iman dan agama, wanita juga perlu belajar iman dan agama. Dan jihad bermujahadah dengan diri dia, nafsu dia dalam mempelajari agama, dan mengamalkan agama.

Dan begitu pula lelaki harus berada bersama-sama mereka, maka sesama lelaki bila saja mereka berjumpa, maka mereka menceritakan perkara-perkara yang ada hubungannya dengan agama, perkara-perkara yang ada hubungannya dengan akherat. Begitu juga wanita, apabila datang kawan-kawannya sesama wanita mereka membicarakan mengenai agama, mengenai kebesaran agama, dan kepentingan-kepentingan agama dalam kehidupan. Maka dengan ini ALlah SWT akan menjadikan setiap daripada kita dai-da'i yang menyeru kepada agama Allah SWT. Pelajaran-pelajaran iman dapat kita pelajari dalam majelis taklim, halqah taklim yang kita buat di rumah kita, atau taklim mingguan kita, ataupun orang lelaki bayan di balik tabir seperti ini. Ini juga menunjukkan bahwa para wanita harus berhijab, harus menutup semuanya dari kaum lelaki. Allah SWT telah memerintahkan ummul mukminin supaya berhijab walaupun dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW.

Maka jauh, jauh sekali jika kita hendak menganggap atau menuduh bahwa ada sahabat-sahabat yang mau melihat isteri-isteri Baginda SAW dengan pandangan yang serong. Walaupun begitu, Allah SWT menyuruh ummul mukminin untuk berhijab dari sahabat Rhum. Maka siapa kita yang kita kata hati kita bersih dan sebagainya. Lantaran itu yang asal. Tetapi kita hari ini terkesan dengan kehidupan orang-orang kafir, yahudi dan nasrani, maka kita telah mengikut cara mereka. Bagaimana kita dapat mewujudkan suasana? Maka bagi wanita ada medan usahanya, dan bagi lelaki ada medan usahanya. Maka bagi wanita apabila datang kawan-kawan dia, ataupun bertemu kawan-kawan dia di rumah, maka dia bercakap mengenai agama, kebesaran Allah SWT, maka dia terhindar dalam majelis-majelis itu dari perkara ghibah, mengumpat, dan sebagainya. Dan juga mereka usaha, bagi wanita yang paling dekat sekali adalah anak-anaknya. Bagaimana dia dapat mendidik anak-anak dia secara islam, secara agama. Kenapa? Karena ibu-ibu adalah ibu kepada mujahid.

Ibu kepada da'i adalah bermula dari rumah mereka. Bagaimana mereka dapat mentarbiyah anak-anak mereka dengan cara yang ditunjuk Allah SWT, cara agama. Dan juga ada beberapa perkara yang berbeza diantara lelaki dan perempuan. Wanita dalam usaha jihad menyampaikan agama Allah SWT akan dibincangkan sekarang. Maka oleh karena kehidupan kita hari ini terkesan dengan unsur-unsur luar, maka banyak wanita-wanita keluar dari rumah mereka tanpa apa-apa hajat. Mereka mula bergaul dengan lelaki, berdesak-desak dengan lelaki, maka perkara ini sebenarnya, wanita-wanita atau isteri-isteri Rasulullah SAW adalah wanita-wanita di jaman Nabi SAW diperintahkan untuk duduk dalam rumah. Maka mujahadah wanita, jihad wanita, mereka harus berjihad nafsu mereka, bagaimana mereka kembali duduk dalam rumah. Karena keadaan-keadaan ini, Allah SWT menceritakan bagaimana Baginda SAW apabila dia berisra dan miraj, bersama denga Jibrail AS, dan Allah SWT telah gambarkan berbagai siksaan, diantaranya bahwa Nabi SAW telah dipertontonkan seorang wanita yang digantung, diazab dengan digantung rambutnya.

Maka Nabi SAW telah bertanya,'Wahai saudaraku Jibrail, apakah dosa dia, apakah salah dia?" Maka kata Jibrail AS,"Wanita ini keluar daripada rumah menzahirkan rambutnya kepada lelaki-lelaki ajnabiah, lelaki-lelaki yang bukan mahramnya." Walaupun banyak wanita berhaji, bersholat, berzakat, tetapi sekiranya mereka melakukan jenis-jenis dosa yang sebegini, maka Allah SWT akan mengazab mereka. Begitu pula Rasulullah SAW melawati seorang wanita yang disiksa digantung dengan lidahnya. Maka Nabi SAW tanya,"Wahai saudaraku Jibrail, apa kesalahannya?" Maka jawab Jibrail AS," Dia adalah wanita yang menyakiti suaminya dengan lidahnya dan menyakiti jiran-jiran tetangganya dengan lidahnya." Maka bagaimana kita dapat memelihara lidah kita supaya jangan sampai menyakiti suami kita dan jiran-jiran kita. Bahkan kewajiban kita bagaimana kita berada di dalam rumah, memelihara diri kita. Karena wanita ini mahal disisi Allah SWT.

Suatu benda yang mahal . Bukan sesuatu yang murah, bukan seperti ubi kentang, siapapun boleh tengok, siapapun boleh memilih. Bahkan dia ini suatu perkara yang mahal macam berlian yang kita beli. Bukan semua orang boleh sentuh berlian kita. Bahkan hanya tuan yang punya yang boleh sentuh. Maka ibu-ibu, mujahadah seorang wanita, bagaimana dia mujahadah-kan diri dia, pahamkan diri dia supaya dia dapat berada dalam rumah. Tugas dalam rumah bahwa dia mesti membimbing, membentuk rijal-rijal, lelaki-lelaki daripada anak-anak dia menjadi mujahid, da'i yang besar. Dapat keluar ke seluruh alam. Begitu juga lelaki dia sibuk di luar, dakwah, menyeru manusia kepada Allah SWT, dengan dia tidak lupa tanggungjawab dia di rumah, bagaimana mewujudkan halqah-halqah taklim, dirumah supaya isteri dan anak-anak dia dapat dengar dasar-dasar iman, dapat mendengar kelebihan-kelebihan alam. Maka dengan ini dapat membentuk satu suasana kerohanian, satu suasana agama yang membawa mereka ke arah kejayaan.

Sekiranya suami tidak ada di rumah, maka isteri itu bertanggungjawab sama-sama untuk menghidupkan, mewujudkan halqah-halqah taklim denga istiqomah dalam rumah mereka. Maka, ada satu kisah yang berlaku di Yordan, Sekali satu jamaah wanita masturat keluar ke satu rumah. Di rumah orang lama. Rumah ini dia sewa. Pada ketika datang jamaah, kebetulan orang yang menyewakan rumahnya kepada orang lama ini mengantar anaknya perempuan yang mengaji di Universiti. Dan dia ini adalah wanita yang keluar rumah tak tutup aurat. Maka ketika anak perempuan ini datang ke dalam rumah untuk mengambil sewa, maka wanita tadi panggil dia duduk sama-sama dengar halqah taklim, dengan hadits, kemudian memotivasi dia, maka terus dia menangis. Maka setelah mengambil sewa, anak gadis tadi balik ke rumah, lalu dia menangis ke ibunya. Ibunya tanya,"Apa hal kamu ni?" Dia diam saja. Ditanya diam saja.

Kemudian dia menangis, sembahyang, menangis, bertobat kepada Allah SWT, sampai pagi. Kemudian tertidur. Setelah bangun, maknya tanya,"Sekarang, pergi tak ke Universiti?" Anak gadis ini kata,"Bagaimana saya mau pergi? Saya selama ini berada dalam kemurkaan Allah SWT." Mak dia macam dia juga. Keluar tak tutup aurat. Trus maknya kata,"Tak apa. Nanti kita pakai purdah dan pergi ke Universiti." Dia tak mau karena disana bergaul orang lelaki dan wanita. Kata anak gadis ini bahwa dia tak akan keluar rumah kecuali berpurdah. Maka maknya pergi ke jemaah tanpa pakai hijab juga, dan cerita mengenai anaknya bahwa setelah kembali dari jamaah ini menangis, dan menangis hingga dia tak mau pergi universiti, dan dia sekarang tidak akan keluar kecuali berpurdah. Jadi Kata maknya,"Saya datang nak pinjam satu hijab daripada kamu." Maka Maknya pun balik ke rumah dengan membawa hijab. Sesampainya di rumah, dia lihat anaknya tertidur, kemudian dikejut-kejutkan anaknya. Ternyata anaknya telah meninggal dunia.

Jadi ibu-ibu, inilah bertepatan dengan perkataan Nabi SAW,"Demi zat yang nyawaku di tangannya ada diantara manusia bahwa mereka-mereka beramal dengan amalan ahli neraka, dan tidak tinggallah dia diantara dia dan neraka satu hasta maka takdir telah mendahuluinya, maka dia beramal dengan amalan ahli surga maka dia dimasukkan Allah SWT ke dalam surga." Maka budak perempuan tadi yang selama ini berada dalam kemurkaan Allah SWT kemarahan Allah SWT, maka Allah SWT mengurniakan kepadanya mati dalam keadaan beriman. Azam bahwa dia tidak akan keluar dari rumahnya kecuali menutup aurat, Maka Allah maafkan dia. Semoga Allah ampunkan dia, semoga Allah masukkan dia ke dalam surga.. Maka kita harus selalu memberi perangsang, dorongan sesama kita supaya kita dapat menjaga syariat-syariat Allah SWT dan kita dapat tasykil suami-suami kita untuk keluar ke jalan Allah SWT, dan ibu-ibu dapat tasykil supaya kita dapat hidupkan halqah taklim di rumah, dan juga dengan mensyuarat dengan pihak suami dan markas dapat bentuk jemaah 3 tunai keluar di jalan Allah SWT. InsyaAllah..

Al-Wahan

Al-Wahan itu bererti 'cinta dunia, takut mati'.. dari zaman mude remaja aku dulu.. aku sangat lalai dengan dunia..tapi aku tak sedar.. kalau tak sedar, apetah lagi untuk perbaiki dan berubah ke opposite side bukan? makanya..setahu dan seingat aku..aku terus lalai~.. hanyut~.. terus menerus di bawa arus duniawi yang semakin rancak disulami warna warni indahnye kehidupan..

Masih aku ingat zaman gelak ketawa remaja aku.. aku berkawan.. so-sial.. bergaul antara berlainan jantina, bergurau senda(walaupun tak bertepuk tampar-alhamdulillah ALLAH masih jaga aku).. aku solat 5 waktu.. aku mengaji dan membaca kalamuLLAH..
Aku solat tetap solat..aku membaca Al-Quran sekali sehari.. tapi..sekadar itu.. kosong.. mommy and daddy bukanlah ummat yg terlalu menitik beratkan soal ugama dalam rumah tangga kami..hehe.. ekceli ma dan bak..bukan mommy and daddy..hehe.. so..aku just buat amalan agama tanpa roh..aku lalui semua tuh sehingga usiaku meningkat remaja..

Tapi..tapi! tapi alhamdulillah..sebab mak dan ayah aku tetap ajar aku solat dan bace Al-Quran, dan marah jika kami adik beradik tak laksanakan perintah ALLAH yg tu..pape pon aku bersyukur dikurniakan mak dan ayah aku..ade org lain lg teruk..ehh..ermm.. berbalik pada zaman remajaku.. aku terus lalai..dibuai dgn mimpi yg tak kesudahan..budak-budak yang tak pernah diberi faham tentang ugama dengan terperinci..

Lepas SPM..asbab malas belajar, aku takley sambung ke ipta..nak kate sedih tak jugak,sebab aku snirik yg maleh..hehe.. then..aku apply politek..sbb kawan2 aku yg same2 group ngan aku pon seme apply politek..tapi ayah aku berkeras nak suh aku masuk Kusza.. aku taknak..yerla.. dengar name pon Kolej Ugama.. dalam hati aku neh, 'mesti kuat amalan agama kat situ eh'..hati yg tengah berbunga riang dgn hidop yg 'cheers' sepanjang waktu..adekah ingin pada ugama?(ugama boleh disinonimkan dgn kesedihan dan kemurungan)..ye idak? bagi aku yg jahil waktu tuh la..(astaghfirullahal 'azim)

Pastuh aku dapat tawaran Kusza dan Politek.. aku taw budak2 politek memang so-sial(kebanyakannya la..jgn marah yg x terlibat,huhu)..so..aku nak nak sangat sangat la join politek neh..tapi ayah aku berkeras nak antar aku kat Kusza..syukur walau ayah aku bukanlah ahli ugama,tp dia ade keinginan tuh..alhamdulillah..dalam masa yg same,aku tetap berkeras aku taknak! ohh..aku cakap aku taknak,aku taknak la! hihi..then mak tasykil aku..mak cakap..patuh pada cakap org tua dapat 'berkat'..ohh..

Aku mulai berserah..hehe..aku ikot cakap ayah..aku sanggup masuk kolej ugama.. seminggu orientasi di Kusza..masya ALLAH..penuh dengan pengisian rohani.. waktu tuh.. aku dapat rasakan sesuatu.. setiap masa abg2 faci tuh suh kitorang berzikir..masya ALLAH..rase nikmat! hebat ALLAH! depa larang kitorang pandang muslimat! begitu kuat sekali..ehh.. abaikan.. dipendekkan citer..aku telah jatuh cinta waktuh tuh..hihi..

Betapa manisnya dilamun cinta..ohh..CINTA... datang dan pergi... hatiku terbuai seketika dgn keindahan warna warni cinta ini..hehe..Aku mulai rase nikmatnye mencintai ALLAH dan ISLAM.. apetah lg ditambah dgn abg ngah ku yg selalu tasykil aku di rumah sejak dia sertai satu jemaah dakwah.. bertambah tambah la semangat aku dalam agama..aku cuba kenang kembali zaman lampau aku yg bergemerlapan(hehehe)..dan tika di Kusza..ALLAH sampaikan hidayahNYA padaku..Terima Kasih ALLAH..Terima Kasih..aku sgt bersyukur..sujud menyembahMU dalam linangan air mataku..ALLAH masih pedulikan aku..DIA sayangkan aku.. :D

Terus..bila aku renungi balik kisah silam remajaku..dan aku lihat diri aku hari ini.. tampaknye penampilan zahirku..seolahnya menghampiri zuhud..yakni mcm tidak cintakan dunia..tapi..bila aku renung lagi..lagi dan lagi..semakin dalam..semakin lame..aduhh..aku dapati.. aku masih takot untuk tinggalkan dunia fana' ini..aku kaji wahan dalam diriku..benar..aku masih cintakan dunia..aku takot untuk tinggalkan dunia..setelah aku sedar kelemahanku..aku cuba perbaiki..dan sekarang masih dalam pemulihan pembaikkan pengelokkan dan yg sewaktu dengannya..

Aku minta ALLAH pimpin dan bantu aku..
tidak ALLAH jadikan kita dan jin selain untuk beribadat padaNYA..tapi hari ini ape kite telah perbuat di atas bumi nih? masa untuk agama? masa untuk ALLAH? masa untuk ummat? sedang diri kite ini milik ALLAH..bukan milik kite..tapi tidakkah kita terlalu banyak mensia-siakan segala nikmat dan peluang yg ALLAH berikan pada kita selama ni? ohh... tepuk dada tanya iman....

Hamba Menadah Tangan..

Aku dapat rezki dari ALLAH lagi dan lagi..!

Sambil mengucapkan syukurrrr...dan segala puji hanya bagiNYA..TUHAN sekalian alam.. Masya ALLAH..rezeki MU pada kami melimpah limpah..sedang amal kami tidak seberapa.. kami malu padaMU Ya ALLAH.. Malu ingin mengangkat wajah di bumi MU.. Malu ingin berdiri di bumi MU.. Teringin aku sentiasa sujud di bumi MU..

KAU kurniakan kami segala macam kemewahan.. namun bersyukurkah kami dengan amal yg sedikit ini..bersyukurkah kami yg sentiasa lalai dgn dunia ini.. O ALLAH.. pimpin dan bantulah kami menggapai redhaMU..

Manusia Bertanya, Al-Quran Menjawab

~ Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji?
Qur'an Menjawab : Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut:2)

~ Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik?
Qur'an Menjawab : boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)

~ Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?
Qur'an Menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah : 286)

~ Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa?
Qur'an Menjawab : ..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.(Yusuf : 87)

~ Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?
Qur'an Menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.(Ali Imraan : 200) Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'. (Al-Baqarah : 45)

~ Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?
Qur'an Menjawab :..Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.. (At-Taubah : 129)

~ Manusia Bertanya : Apa yang kudapat dari semua ujian ini?
Qur'an Menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.. (At-Taubah : 111)

Sabda Nabi Saw "sampaikan dariku walau hanya satu ayat”