20 May 2008

'Zuhud'

'Zuhud'...aku ingat lg sorang kawan aku student pondok bgtahu aku maksud 'zuhud'..aku pernah tersasar ketika tercari cari amalan agama ni, maksud aku tersasar bukan bererti 'ajaran sesat'..huhu..

Tapi aku pernah mengagumi dan nak tiru segala gaya dan perbuatan para wali ALLAH.. betol, aku sangat kagum dgn iman dan taqwa mereka kpd ALLAH SWT.. waktu di kampus dulu, aku asyik mencari cari mengkaji kitab tentang wali2 ALLAH..kisah2 mereka semua kubaca buat penguat semangatku dalam agama..

Pelbagai kisah wali aku jumpa, ada yg tinggalkan dunia merantau dan bertapa di gunung dgn amalan, ada yg mencungkil biji mata kerana bertaubat setelah berbuat silap, ada yang hidup susah tinggalkan dunia hinggakan gaya dan perwatakannya tidak terurus seperti orang gila kerana mabuk cinta pada ALLAH...

Ada yang..pendek kata, macam-macam kisah aneh tentang wali telah kubaca..aku dapati kesimpulannya, itulah maksud 'zuhud'..yakni meninggalkan dunia dan beribadat serta mensuci diri terhadap ALLAH semata-mata..

Then aku tanya kawan aku tuh tentang erti 'zuhud'.. Katanya.. 'zuhud' itu bererti "walau segunung harta di tangan namun tidak meletakkannya dihati".. Katanye lg, kite perlu berusaha di atas dunia nih, tapi jgn ambil lebih dari keperluan kita..

Ohh..masya ALLAH, baru aku yg jahil ini paham aper erti 'zuhud'.. 'zuhud' tu adalah kata lawan bagi 'al-wahan' yakni cinta kepada dunia, 'zuhud' tak bererti tinggalkan dunia, sedangkan ALLAH mengajar kita supaya berusaha dan berikhtiar, kemudian berdoa dan bertawakal kepadaNYA, bukan terus bertawakal tanpa usaha dan ikhtiar...

Cumanye.. janganlah kita salah yakin pada benda yg kita usaha dan ikhtiarkan tu.. yakin hanya pada ALLAH.. kerana selain ALLAH tiada kuasa melainkan ALLAH juga Yg Maha Berkuasa!!!

Aku rujuk pula pada sorang temanku, salah seorang jemaah dakwah, student UTM dan sekarang sudah bergelar engineer, dia pula berkata kisah2 para wali itu telah di editkan oleh kaum kafir yahudi untuk mengubah cara pemikiran ummat islam,untuk memundurkan ummat supaya jgn bekerja, hanya meminta...

Katanya lagi, ALLAH murka kepada sesiapa yg menyakiti tubuh badannya sendiri merujuk kepada kisah wali yg mencungkil mata kerasa bertobat dan rasa bersalah tu, dia ade nyatakan firman ALLAH dalam Al-Quran tapi aku lupa..ohh, maafkan aku si pelupa ini..

Abg aku pula cakap, bukan para wali yg dijadikan contoh teladan kita, tapi Rasulullah dan para sahabat, kerana mereka itu adalah kekasih ALLAH dan telah dijamin syurga oleh ALLAH, yakni ALLAH telah redha kepada mereka dan mereka juga telah redha kepada ALLAH, para wali tu mereka berbuat amal untuk diri sendiri..

Ohh baru aku sedar dari ape yg aku kagum-kagumkan selama ni, tak salah aku kagum pada mereka, tp bukanlah sebagai contoh teladan.. benarlah cakap abg aku, yakni Rasulullah dan para sahabat itulah yg menjadi idola kita..sebab tuh aku cakap aku pernah tersasar dalam mencari cari semangat beragama..huhu..

Alhamdulillah skang ALLAH dah bg aku paham.. Paper pun, nak capai tahap 'zuhud' tuh bukan senang.. nak tahu sejauh mane kita zuhud, cubalah pakai pakaian taqwa seperti Baginda saw, kita test zuhud kita hanya dari sudut pakaian je dulu eh (perkara paling ringan tapi paling susah org nk buat,soal mujahadah lawan nafsu), ermm..

Let say kita hidup mewah, rumah besar, kete besar, cuba test pakai serban lilit2 kat pale, simpan janggut, pakai jubah or kurta, dan lepas tuh pergi mengimarahkan rumah ALLAH 5waktu sehari..

Lagi banyak masa lagi baik,sebab ade firman ALLAH yg menyatakan org yg benar2 beriman adalah org yg sentiasa mengimarahkan masjid2 (yakni rumah2 ALLAH), cuba pulak berjalan buat dakwah pintu ke pintu, ajak org kepada ALLAH sana sini...

Tengok pulak ape reaksi kita kalo kene kutuk or maki2 sdgkan kita sayangkan mereka dan mengajak ke arah kebaikan (macam Baginda saw sampai dilemparkan najis, tp tengoklah akhlak mulia Baginda saw).. cubalah kita manusia yg hidup senang dgn nikmat ALLAH nih, makan pakai tangan, basuh tangan ikut sunnah Nabi..

Aku pernah terbace, jika kita meninggalkan satu sunnah Nabi, maka akan ketinggalan sunnah yg berikutnya, contohnya mcm bab makan ni la..Kalo kite makan dgn sudu garfu(budaya yahudi), maka kita terlepas pahala sunnah basuh tangan, jilat jari and etc..

Dan cubalah pula test zuhud kita dgn sedekah, sedekahkan duit/harta kita pada fakir ke..atau pada masjid ke..tiap-tiap bulan...

Aku pernah dgr abg aku cakap perancangan dia.. gaji dibahagi kepada 4 tiap tiap bulan(terpulang pd individu bagaimana dia nk manage), 1/4 darinya disedekahkan kepada masjid/fakir/rumah kebajikan atau sebagainya(terpulang selagi namanya sedekah)..1/4 lg diberikan kepada org tua kita..1/4 lg digunakan untuk keperluan kita dan selebihnya buat simpanan untuk masa depan..

Time urgent ke, atau untuk anak-anak akan dtg dan sebagainya.. boleh jugak dibahagikan mengikut kadar keperluan(terpulang).. tapi untuk sedekah tuh jangan lah dikurangkan seeloknya..

Ingatlah duit hasil titik peluh kita ini bukan milik kita sebenarnya, jangan salah paham walaupun kita yg bekerja penat lelah, tapi itu bukan haQ kita..semua itu haQ ALLAH, sebab kita hamba ALLAH, milik ALLAH, so ape kepunyaan kita adalah kepunyaan ALLAH SWT...

Dan ALLAH suruh pula kita membahagi bahagikan kepada org lain, dalam harta kita itu sebenarnya ada harta org lain, sbb tuh jgn makan semua harta kita takut termakan harta org lain, sedekah la dulu baru puas hati nk makan pon,hehe..

Ustaz aku pernah cakap, "walaupun makanan dalam mulut kamu, selagi kamu tak telan masuk ke dalam perut kamu, itu bukanlah rezki kamu", begitu juga soal duit..

Kalau kita bersedekah dgn ikhlas di dunia nih, harta sedekah kita tuh ALLAH akan siapkan sebuah mahligai di syurga kelak, aku cuma dgr dari ustaz2.. wallahu a'lam bissawab..

0 comments: