15 May 2008

Da'wah ilaLLAH...

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak" (At-Taubah:38)

"Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" (At-Taubah:39)

Memandangkan bumi Malaysia dikurniakan nikmat aman damai tanpa peperangan, maka jadilah kita ummat yg tak tahu menghargai dan mensyukuri kedamaian ini(not include crime).. Jadilah kita ummat yg sentiasa sibuk mencari dunia.. Yg selesa dgn kehidupan dan kemewahan, terus asyik dalam kelalaian.. walaupun masih ada keinsafan bagi segelintir ummat yg peka dan sedih terhadap nasib sebahagian ummat di bumi yg dilanda peperangan seperti Bosnia, IraQ, Afghanistan, Palestin, Lebanon, Chechnya dan sebagainya..

Tapi sekadar itu..Sekadar rasa belas dan kasihan..serta mendoakan mereka.. Baguslah.. Aku tak cakap tak bagus.. Doa itu senjata org mukmin.. Walau azab dan kasihan bagaimanapun pada mereka di dunia ni, namun mereka tetap mendapat syurgaNYA di sana..Alhamdulillah..

Berperang demi membela agama ALLAH ini adalah sgt mulia dan diberikan ganjaran syurga oleh ALLAH kepada mereka yg mati syahid tanpa sebarang hisab! sekali lagi tanpa sebarang hisab!!! Masya ALLAH.. tak maukah kita? Dipendekkan cerita.. Apekah pula peranan kita untuk berperang ini tidak diwajibkan kerana bumi kita aman damai tanpa diserang oleh mana-mana pihak? Jawapannya aku dah quote tafsir surah At-Taubah ayat ke 38 dan 39...

Pertama sekali aku nak tegaskan bahawa aku bukanlah berdakwah melalui blog, aku tahu bahawa "tiada kejayaan selain dari cara Baginda saw(dan para sahabat ra).." dan.. "kejayaan ummat islam pula hanyalah dalam agama!"...Tapi memandangkan aku nih jenis suke menulis, maka aku luahkan la ape yg terpendam dalam hati sanubari aku neh..Sekadar luahan hamba yg hina.. Berbalik pada topik kita tadi, apekah peranan kita sbg ummat islam berhubung dgn firman ALLAH dalam surah At-Taubah itu?

Yakni ALLAH memerintahkan kita(ummat islam) keluar berperang, keluar ke jalan ALLAH.. tahukah kamu bagaimana cara nya untuk berperang di bumi yg aman merdeka ini? kita tak perlu angkat senjata, kita tak perlu bertumpah darah, kita tak perlu semua tuh! Sebab bumi kita aman damai! Terus.. kita semua perlu bagaimana? Duduk dalam rumah, goyang kaki, makan-makan sambil nonton televisyen.. begitu?

Tidak..! Kita perlu mujahadah lawan nafsu.. berperang melawan nafsu, jauhi segala kemungkaran..(manusia tak perfect melainkan Baginda saw).. kemudian kita perlu keluar rumah, perlu korban masa, harta, tenaga, keringat dan segalanya menyeru ummat kepada ALLAH..Kenapa perlu buat pengorbanan semua tuh?! Kerana ALLAH telah membeli dari orang-orang yang beriman, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.. (At-Taubah:111)

Walhal kita ini adalah milik ALLAH! bukan milik kita.. ALLAH menyeru kita keluar beramai-ramai membuat pengorbanan demi agamaNYA yg suci, tapi kita lebih suka bersenang lenang di atas singgahsana..Sedangkan ummat hari ini ramai yg menderita.. Ramai yg jauh dari ALLAH.. Ramai yg belom terbukak pintu hatinya.. Ramai yg telah murtad.. Ramai yg belum islam.. Tapi kita asyik bergelak ketawa saban hari..hari demi hari.. sampailah harinya ajal menjemput..

sekali lagi aku quote dari tafsir At-Taubah di atas..Kerana manusia(kita) perlu diberi peringatan lagi dan lagi..dan lagi..dan lagi..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak" (At-Taubah:38)

Benar..Kita hari ini lebih suka hidup menikmati kesenangan dalam kelalaian.. Sedangkan pencinta agama juga merasa khuatir untuk keluar ke jalan ALLAH, sedang berkira-kira dan membuat solat sunat istikharah minta jawapan dari ALLAH(dan sudah tentu jawapan ALLAH supaya keluar berjuang), berdasarkan cerita dari pengalaman seorang kenalan..Apatah lagi yang jauh dari agama..Sebab tu kita ummat akhir zaman ini sangat perlu kepada usaha agama, sepertimana perlunya kita kepada ALLAH, dan ALLAH tidak memerlukan kita!

Kita tengok sendiri betapa ISLAM dijatuhkan hari ini.. Dicerca dan dihina.. Tapi kita tidak peduli! Kita peduli akan soal perniagaan kita, jual beli kita yg menguntungkan dan duit masuk keluar poket kita..(duit ohh duit..hamba duitkah aku?).. Na'uzubillah.. Kenapa kita tidak risaukan agama kita yg semakin dipandang leceh walau oleh ummat sendiri??? Kenapa??? Ohh..Aku takde jawapan.. Melainkan diri sendiri yg mengubah, kerana ALLAH takkan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri.. Jawapannya dalam diri masing-masing..

Berjuanglah kamu membela agama ALLAH!! Nunnn! Disana ummat sedang menderita tidak solat! Nunnn! Disana ummat sedang menderita mabuk arak! Disana ummat sedang menderita berzina siang dan malam! Disana ummat sedang menderita bermain judi! Disana ummat sedang menderita memakan rasuah! Riba'! dan segalanya... Apa kita hanya mampu menghidu? Melihat? Mendengar? Tanpa berkata walau sepatah?! Apa begini caranya cintakan agama? Cintakan Rasul? Cintakan ALLAH??? oh..Aku bertanya pada diriku sendiri.. Apa manfaat yg telah aku bagi untuk ugamaku...

So..pada semua ummat termasuk aku yang cintakan agama ini, janganlah sia-siakan usaha Baginda dan para sahabat, tuntutan berdakwah itu adalah tugas wajib yg diwariskan kepada kita dari para Nabi..Yakinilah bahawa tugas yg kita pikul ini adalah sangat mulia.. Seperti dalam firman ALLAH swt dalam surah Al - Fussilat: 33

" Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan berkata aku adalah daripada orang-orang yang menyerah diri(muslimin)"

dan..sebagaimana firman-Nya dalam surah Ali-Imran :110

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk (faedah) manusia, Kamu mengajak kepada kebajikan dan kamu mencegah daripada kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah....."

Kita adalah sebaik-baik ummat untuk faedah manusia..Tapi bagi ummat yang tak buat perintah, tak tinggalkan larangan ALLAH, tak mengajak kpd kebaikan dan tak mencegah kemungkaran serta tidak beriman kpd ALLAH itu bagaimana pulak? erk? Jangan tengok salah.. Jangan tengok buruk.. Jangan kutuk.. Jangan benci Tapi nasihat dan tegurlah bil hikmah.. Insya ALLAH bila ALLAH beri hidayah pada mereka nanti dan mereka bertaubat, mereka boleh jadi lebih mulia dari kita.. Itu perlunya dakwah ilaLLAH..

Musuh islam hari ini membuat pelbagai strategi untuk menghancurkan islam dan ummatnya.. Mereka bergerak secara berjemaah(itu dakwah mereka walaupun batil) dengan perancangan mereka sebagaimana yang dijelaskan oleh tokoh Islam "Jala Al-Alam" iaitu:
-Hancurkan akidah muslim.
-Hapuskan Al Quran daripada mereka
-Hapuskan sistem khalifah Islam.
-Hapuskan tokoh-tokoh Islam.
-Rosakkan akhlak muslim dan fikiran mereka.
-Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
-Tanamkan keraguan terhadap agama.
-Lenyapkan persatuan muslimin.

Dan semua ni telah dijelaskan oleh ALLAH dalam firmanNYA:
" Mereka mahu memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan Allah menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)" (At-Taubah:32)

Semoga ALLAH bawak fikir risau kita terhadap ummat dgn keadaan dunia yg sudah "berterabur" dan "berselerak" hari ni.. Mohon maaf jika tersilap kata dan sebagainya, aku yg cetek ilmu ini mengalu-alukan sebarang kutukan dan kritikan membina..hehehe

Di akhir post nih aku quote firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104:

" Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu ummah yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan perkara ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Dan merekalah orang-orang yang berjaya"

Malah, Rasulullah sendiri telah berpesan kepada ummatnya dengan satu amanah yang mesti dilaksanakan dengan sabdanya:

"Sampaikanlah sesuatu daripada aku walaupun satu ayat sekalipun"

0 comments: